SELANGOR

Sultan Selangor perkenan nama exco, angkat sumpah esok

13 Mei 2018, 9:22 AM
Sultan Selangor perkenan nama exco, angkat sumpah esok

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 13 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor (EXCO) yang telah disembah maklum Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani berkata, Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Exco itu akan diadakan esok, jam 2 petang di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang.

“DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan senarai exco berkenaan setelah meneliti dan melalui proses saringan terperinci.

"Senarai lengkap nama EXCO akan diedarkan selepas Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah dizahirkan esok,” katanya dalam kenyataan.

Mohamed Azmin selesai mengadap baginda di Istana Bukit Kayangan sekitar tengah hari tadi.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.