SUKANKINI

Azroy Hazal Wafie sumbang emas pertama Komanwel

5 Apr 2018, 6:53 AM
Azroy Hazal Wafie sumbang emas pertama Komanwel

OLEH HAFIZAN TAIB

GOLD COAST, 5 APR: Atlet angkat berat, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, menyumbang pingat emas pertama negara dengan mencatat angkatan keseluruhan 261 kilogram (kg) dalam acara angkat berat lelaki 56kg di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, hari ini.

Ia juga adalah pingat pertama untuk Malaysia dalam temasya sukan itu.

Dalam acara snatch, atlet dari Pahang itu mencipta angkatan 117kg manakala dalam clean & jerk, membuat angkatan 144kg bagi mengumpul jumlah keseluruhan itu.

Catatan 261kg dibuat Azroy Hazal Wafie itu mengatasi rekod Amirul Hamizan Ibrahim (260kg) pada Komawel 2002 di Manchester, England.

Beliau mengatasi Gururaja dari India yang meraih pingat perak dengan mencipta jumlah keseluruhan (249kg) diikuti pemenang pingat gangsa, Chaturanga Lakmal Jayasooriya Arachchilage (Sri Lanka) (248kg), seperti dilapor https://www.gc2018.com/ .

Foto Kredit: Malay Mail

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.