EKONOMI

Harga minyak mentah Brent naik 0.2 peratus

27 Mac 2018, 3:08 AM
Harga minyak mentah Brent naik 0.2 peratus

SINGAPURA 27 MAC: Harga minyak didagangkan pada aliran menaik hari ini, berikutan kebimbangan bahawa ketegangan di Asia Barat boleh menyebabkan gangguan bekalan.

Harapan di sebalik perbincangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China dalam usaha mengelakkan perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu juga menyokong pasaran global termasuk niaga hadapan minyak mentah.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) didagangkan AS$65.71 setong pada 0142 GMT, naik 16 cent, atau 0.2 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan AS$70.25 setong, naik 13 cent atau 0.2 peratus.

Pengarah Urusan dan Pengurus Portfolio Tenaga dengan firma pengurusan aset Tortoise, James Mick, berkata, peningkatan ketegangan geopolitik memacu harga minyak.

"Minyak mentah juga menerima sokongan daripada ahli OPEC apabila Arab Saudi dan Russia, mengulangi pendirian untuk melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran," kata Mick.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.