NASIONAL

Hubungi dulu, bukan kalut rakam gambar

6 Mac 2018, 1:39 AM
Hubungi dulu, bukan kalut rakam gambar

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 MAC: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia meminta orang awam menghubungi mereka terlebih dahulu, berbanding mengambil gambar kejadian bagi memastikan operasi menyelamat dapat dilakukan segera.

Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, tindakan orang awam yang suka mengambil gambar sebelum menghubungi bomba antara faktor pasukan penyelamat lewat menerima panggilan kecemasan.

"Orang awam jangan hanya sibuk merakam gambar atau video berkenaan kejadian kecemasan sahaja tetapi segera mengubungi bomba atau pasukan keselamatan supaya tindakan segera boleh diambil," katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya menerima rungutan orang awam yang mengatakan bomba lewat tiba di kawasan kejadian, namun apabila disiasat ia ekoran kelewatan menerima panggilan kecemasan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.