GLOBAL

Kanak-kanak maut terkena serangan kimia di Syria

26 Feb 2018, 7:35 AM
Kanak-kanak maut terkena serangan kimia di Syria
Kanak-kanak maut terkena serangan kimia di Syria

OLEH NORHAYATI UMOR

BEIRUT, 26 FEB: Seorang kanak-kanak meninggal dunia, manakala 13 orang lagi mengalami kesukaran bernafas selepas serangan kimia dilancarkan di wilayah yang dikuasai kumpulan penentang.

Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman berkata, serangan kimia itu juga menyebabkan 14 penduduk awam sukar bernafas selepas pesawat juang rejim menyerang kampung Al-Shifuniyah, di Ghouta Timur.

"Seorang kanak-kanak maut dan seorang wanita berada dalam keadaan kritikal," katanya yang bergantung kepada sumber untuk mendapatkan laporan.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Yaqub memaklumkan, beliau mengesyaki senjata kimia itu berkemungkinan serangan gas klorin.

Katanya, kanak-kanak tiga tahun itu meninggal dunia kerana lemas.

"Kebanyakan pesakit mempunyai bau klorin pada pakaian dan kulit mereka. Ramai sukar bernafas dan mengalami sakit kulit juga mata," katanya lapor AFP.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.