SELANGOR

YIDE hulur sumbangan kecemasan Maahad Tahfiz terbakar

21 Feb 2018, 3:13 AM
YIDE hulur sumbangan kecemasan Maahad Tahfiz terbakar
YIDE hulur sumbangan kecemasan Maahad Tahfiz terbakar

OLEH NORHAYATI UMOR

DENGKIL, 21 FEB: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyampaikan sumbangan ‘Ad-Hoc’ wang tunai kepada Tahfiz Madrasatul Quran Al-Ridzuan, yang terbakar baru-baru ini.

Sumbangan ITU disampaikan oleh Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti YIDE, Md Arifin Jaafar di tapak kejadian.

Md Arifin berkata sumbangan itu merupakan inisiatif YIDE dan Kerajaan Negeri bagi meringkan beban pihak tahfiz.

"Dengan memberi bantuan ini, kita berharap ia dapat meringankan beban pihak Maahad Tahfiz yang terjejas akibat musibah ini," katanya.

Isnin lalu, kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan bangunan Madrasatul Quran Al-Ridzuan hangus dijilat api.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

Bangunan itu baru sahaja dicat semula dan digantikan bumbung baharu kira-kira dua bulan lalu, untuk dijadikan penempatan sementara pelajar tahfiz berkenaan kerana bangunan Madrasatul Quran Al-Ridzuan sebelum ini terlibat dalam kebakaran pada Januari 2016.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.