GLOBAL

Trump mahu perarakan tentera pamer kekuatan AS

7 Feb 2018, 7:15 AM
Trump mahu perarakan tentera pamer kekuatan AS

GLOBAL 7 FEB: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, membuat permintaan khas untuk mengadakan perarakan tentera khusus mempamerkan kekuatan Amerika, sekali gus mengukuhkan lagi peranannya selaku ketua komander, kata Rumah Putih hari ini.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Trump sudah lama bercita-cita untuk mengadakan perarakan seumpamanya di Washington malah sejak sebelum mengangkat sumpah menjadi presiden.

Presiden itu sudah menghantar permohonan berhubung perarakan itu kepada pegawai bertanggungjawab yang masih mencari tarikh sesuai untuk melaksanakannya.

"Presiden Trump sentiasa memberi sokongan penuh kepada anggota perkhidmatan Amerika yang sering berdepan risiko demi keselamatan negara.

Justeru, beliau menyarankan Jabatan Pertahanan memikirkan satu majlis keraian yang membolehkan seluruh rakyat Amerika menyatakan penghargaan mereka," kata setiausaha akhbar, Sarah Sanders.

Mengulas permintaan Trump, Pentagon mengesahkan masih dalam proses memperincikan butiran berkenaan yang turut mendapat liputan The Washington Post.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.