GLOBAL

Piala Dunia 2018 diserang belalang?

2 Feb 2018, 4:08 AM
Piala Dunia 2018 diserang belalang?

MOSCOW, 2 JAN: Piala Dunia 2018 yang dijadualkan berlangsung di 11 bandar seluruh Rusia pada 14 Jun hingga 15 Julai depan dikhuatiri terjejas akibat ancaman belalang.

Ketua Jabatan Perladangan di Kementerian Pertaniann, Pyotr Chekmarev berkata, langkah telah diambil untuk menangani masalah wabak serangga itu yang didakwa boleh menyebabkan 'skandal global'.

"Seluruh dunia akan tertumpu di sini. Padang bola pasti menarik serangga itu.

"Bagaimana kita mahu pastikan ia tidak datang ke tempat perlawanan bola sepak," katanya.

Kebimbangan itu meningkat selepas salah sebuah bandar tuan rumah, Volgograd diserang belalang pada tahun lalu.

- Skynews

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.