BUKIT MERTAJAM, 26 FEB: Lima penunggang motosikal nyaris maut selepas motosikal mereka bergesel sesama sendiri dan terbabas ke jalan raya sebelum dilanggar sebuah lori treler di laluan sama dalam kejadian di Kilometer 132.4 Lebuhraya Utara Selatan menghala selatan, di sini awal pagi semalam.
SHAH ALAM, 28 MAC: Polis menahan dua lelaki disyaki memukul seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan seorang murid perempuan di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, dekat sini, Rabu lepas.
KUANTAN, 23 DIS: Sebuah treler muatan besi yang mengalami masalah brek antara lima kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur hari ini.
IPOH, 18 NOV: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk tiga treler di KM382.3 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan, berhampiran Slim River, awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Seorang wanita maut manakala suami dan lima anak pasangan itu cedera selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran restoran jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara Selatan menghala Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
IPOH, 7 OKT: Seorang pemandu bas ekspres cedera parah dan 15 penumpang terselamat apabila bas yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori treler di Kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan di sini pagi ini.
POH, 15 MEI: Perintah reman terhadap pemandu treler bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Rabu lepas, disambung tiga hari lagi bermula esok.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.