BANGKOK, 25 SEPT: Thailand melaporkan tiga kes positif baharu Covid-19 melibatkan rakyat tempatan yang baru pulang dari luar negara.
BANGKOK, 14 SEPT: Thailand terus bertindak pantas melakukan pengesanan kontak selepas seorang pemain Kelab Bola Sepak Buriram United berusia 29 tahun dari Uzbekistan, diumumkan positif Covid-19 pada Jumaat.
BANGKOK, 25 OGOS: Kabinet Thailand hari ini meluluskan lanjutan selama sebulan perintah darurat sehingga akhir September bagi mencegah satu lagi penularan Covid-19 di negara itu.
BANGKOK, 18 OGOS: Thailand sedang menyiasat kes seorang rakyat Malaysia yang diuji positif Covid-19 selepas pulang ke Kuala Lumpur dari Bangkok.
NARATHIWAT, 12 OGOS: Kenderaan milik warga Thai yang ditinggalkan di Malaysia kerana pulang ke kampung halaman dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19, kini dibenarkan masuk ke negara mereka secara berperingkat.
BANGKOK, 7 OGOS: Thailand telah melaporkan 15 kes baharu Covid-19 termasuk 10 rakyat Thailand yang kembali dari Arab Saudi dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 3,345 kes dengan 58 kematian.
BANGKOK, 3 OGOS: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) hari ini berkata warga asing terpilih termasuk pekerja migran dari negara jiran yang dibenarkan memasuki negara itu akan tiba mulai esok.
BANGKOK, 2 OGOS: Akibat slot penerbangan terhad ketika penularan pandemik Covid-19, ramai rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung halaman dan membuat keputusan menyambut Aidiladha semalam di perantauan.
BANGKOK 1 OGOS: Ekonomi Thailand bertambah baik berbanding bulan sebelumnya berikutan kelonggaran secara berperingkat sekatan pergerakan dilaksanakan di negara itu dan di luar negara.
BANGKOK, 28 JULAI: Dua anggota tentera Thai yang pulang dari Hawaii, Amerika Syarikat (AS) selepas menyertai satu latihan ketenteraan, merupakan dua kes terkini Covid-19 di Thailand.
BANGKOK, 20 JULAI: Thailand melaporkan tiga kes baharu Covid-19 - kesemuanya warga negara itu yang kembali dari luar negara dan tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 3,249 dengan 58 kematian.
BANGKOK, 13 JULAI: Thailand melaporkan tiga lagi kes import baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 3,220, lapor agensi berita Thailand (TNA) memetik Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA).
BANGKOK, 12 JULAI: Thailand melaporkan 14 kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk 12 warganegaranya yang kembali dari Sudan, menjadikan jumlah keseluruhan 3,216 kes dengan 58 kematian.
HANOI, 9 JULAI: Gelombang pertama wabak Covid-19 di Thailand sudah berakhir selepas negara tidak melaporkan kes tempatan baharu selama 44 hari berturut-turut, kata pakar bahagian Perubatan Pencegahan Kementerian Kesihatan Awam, Jabatan Pengawalan Penyakit Dr Anupong Sujariyakul pada Rabu.
BANGKOK, 6 JULAI: Thailand melaporkan lima kes baharu Covid-19, semua membabitkan warganegara Thailand yang kembali dari Kuwait, dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas.
BANGKOK, 4 JULAI: Thailand mencatatkan lima kes baharu Covid-19, kesemuanya merupakan rakyat negara itu yang kembali dari luar negara dan sifar kematian, selain menandakan hari ke-40 berturut-turut tanpa jangkitan tempatan.
NARATHIWAT, 2 JULAI: Pihak berkuasa Thailand merampas 1.42 tan dadah jenis “ice” atau kristal methamphetamine bernilai kira-kira 284 juta baht (sekitar RM35 juta) dipercayai untuk diseludup ke Malaysia, di sini awal pagi ini.
BANGKOK, 22 JUN: Thailand merancang untuk melonggarkan secara berperingkat-peringkat sekatan kemasukan warga asing ke negara ini akibat Covid-19 selepas 28 hari tanpa sebarang jangkitan tempatan.
BANGKOK, 20 JUN: Seorang wanita warga Thai yang baru kembali dari Bahrain merupakan pesakit terbaharu Covid-19 di Thailand, menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini sebanyak 3,147 kes dengan kematian kekal 58 orang.
BANGKOK, 15 JUN: Thailand merancang untuk membuka pintu masuknya kepada 1,000 pelawat perubatan dan perniagaan dalam sehari dengan mewujudkan “travel bubble” atau “koridor perjalanan” dengan negara yang berjaya membendung pandemik Covid-19.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.