AGENDA

Thailand rampas 1.42 tan 'ice' cuba diseludup ke Malaysia

2 Jul 2020, 1:37 PM
Thailand rampas 1.42 tan 'ice' cuba diseludup ke Malaysia

NARATHIWAT, 2 JULAI: Pihak berkuasa Thailand merampas 1.42 tan dadah jenis “ice” atau kristal methamphetamine bernilai kira-kira 284 juta baht (sekitar RM35 juta) dipercayai untuk diseludup ke Malaysia, di sini awal pagi ini.

Pihak berkuasa turut menahan dua warga Thai dari Nakhon Si Thammarat dalam kejadian kira-kira pukul 2.00 pagi (waktu tempatan).

Komander Polis Bahagian ke-9 Leftenan Jeneral Pol. Ronnasilp Phusara berkata semua dadah itu ditemui diisi dalam 35 beg yang diletakkan dalam sebuah treler membawa batang besi dari Bangkok ke Tak Bai, di wilayah Narathiwat.

“Suspek memberitahu bahawa mereka dibayar 600,000 baht untuk menghantar dadah ke Narathiwat. Suspek memberitahu ini merupakan kali kedua mereka membuat penghantaran,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek dijadual menghantar dadah dari Bangkok ke Tak Bai di sempadan Thailand-Malaysia untuk diserahkan kepada seorang lelaki bagi tujuan diseludup ke Malaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.