AGENDA

Kabinet Thailand lulus lanjutan kelima perintah darurat

25 Ogos 2020, 2:52 PM
Kabinet Thailand lulus lanjutan kelima perintah darurat

BANGKOK, 25 OGOS: Kabinet Thailand hari ini meluluskan lanjutan selama sebulan perintah darurat sehingga akhir September bagi mencegah satu lagi penularan Covid-19 di negara itu.

Memandangkan situasi Covid-19 di seluruh dunia kekal menjadi kebimbangan masyarakat antarabangsa, jurucakap kerajaan Thailand Anucha Burapachaisri berkata kabinet negara itu telah meluluskan lanjutan kelima perintah darurat, yang bakal berakhir pada 31 Ogos.

“Ia selaras dengan cadangan Pusat Pentadbiran bagi Situasi Covid-19 (CCSA),” katanya pada sidang akhbar di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha mempengerusikan mesyuarat kabinet di wilayah timur Rayong.

Thailand pertama kali mengisytiharkan perintah darurat pada 26 Mac.

Ketika Thailand mencatatkan sifar jangkitan tempatan bagi tempoh lebih 90 hari, pelanjutan itu mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah langkah yang diambil bagi menyekat bantahan antikerajaan pimpinan pelajar daripada terus merebak.

Sehingga kini, Thailand mencatat sejumlah 3,402 kes Covid-19 dengan 58 kematian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.