IPOH, 21 JUN: Lelaki yang menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah dan mengaku membunuh isterinya di sebuah hotel semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.
SHAH ALAM, 11 JUN: Kehadiran ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin di lokasi mayat kanak-kanak autisme itu ditemukan dan kediaman mereka adalah sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan kes bunuh berkenaan.
KUALA LUMPUR, 11 JUN: Nasib ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin akan diketahui esok sama ada dituduh atau dibebaskan bergantung kertas siasatan yang sedang dilengkapkan polis sebelum tempoh reman mereka tamat esok.
SHAH ALAM, 6 JUN: Polis memohon reman ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, disambung esok bagi membantu siasatan.
KOTA BHARU, 21 MEI: Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah lebih RM23,000.
KUALA LUMPUR, 18 MEI: Semua suspek yang direman hari ini susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam merupakan rakyat tempatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
JOHOR BAHRU, 17 MEI: Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok bagi mendapatkan perintah reman.
KOTA BHARU, 16 APRIL: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.
IPOH, 6 APRIL: Seorang kontraktor yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian langgar lari melibatkan dua beradik maut selepas motosikal mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, kini direman empat hari.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Tempoh reman terhadap lima lelaki yang disyaki memukul seorang lelaki hingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2 dekat sini, Selasa lepas disambung empat hari lagi.
JOHOR BAHRU, 24 DIS: Tempoh reman tiga individu termasuk dua remaja yang ditahan kerana dipercayai bersubahat menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, disambung tiga hari lagi hingga 27 Disember ini.
IPOH, 16 DIS: Pegawai polis yang disyaki terlibat dalam kemalangan membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru di sini semalam, direman selama tiga hari.
KLANG, 5 DIS: Seorang lelaki warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan mayat di dalam kolah bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang di sini dua hari lepas.
KUALA LUMPUR, 27 OKT: Empat individu yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline, masing-masing direman satu hingga empat hari bermula hari ini.
PUTRAJAYA, 21 SEPT: Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini semalam direman empat hari bermula hari ini.
SHAH ALAM, 18 SEPT: Seorang lelaki yang merempuh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya semalam direman empat hari bermula hari ini.
CHUKAI, 16 SEPT: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga beranak di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor, dekat persimpangan empat Jalan Cheneh-Mak Lagam, direman empat hari mulai hari ini.
KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Tempoh reman seorang wanita dan teman lelakinya disambung tujuh hari sehingga 5 Sept ini bagi membantu siasatan kes kematian anak kandung wanita itu yang berumur lima tahun, dalam kejadian pada 22 Ogos lepas.
JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Seorang lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang disyaki didera bekas teman lelaki ibunya di Kampung Sinaran Baru, Kempas, di sini.
SHAH ALAM, 22 JUN: Dua lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes selepas dipercayai menumbuk muka pekerja kedai serbaneka di Semenyih, 20 Jun lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.