SHAH ALAM, 5 NOV: EXCO Perumahan negeri Rodziah Ismail yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) berdepan saingan sembilan penjuru di Parlimen Ampang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
IPOH, 5 NOV: Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Tambun, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.
SHAH ALAM, 5 NOV: Sorakan gemuruh daripada penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) mengiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari semasa penamaan calon di Gombak hari ini.
KUALA LUMPUR, 5 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di kebanyakan tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak selama tiga hari bermula hari ini iaitu hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PUTRAJAYA, 5 NOV: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 9 pagi tadi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara selesai apabila kesemua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada 10 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 5 NOV: Hujan renyai dan keadaan mendung di kebanyakan lokasi pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) awal pagi ini.
PUTRAJAYA, 5 NOV: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memilih kerajaan baharu Malaysia bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Polis akan menutup beberapa laluan menuju ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara bermula 6 pagi esok sehingga proses itu selesai, bagi memastikannya berjalan lancar.
SHAH ALAM, 4 NOV: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bercuti sepanjang tempoh pilihan raya.
PUTRAJAYA, 4 NOV: Sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) telah dijual setakat hari ini di seluruh negara.
GOMBAK, 4 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari menganggap Gombak sebati dengan dirinya berikutan beliau bersama-sama rakan seperjuangan sejak 2008 giat membela kepentingan penduduk setempat.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung esok di seluruh negara melibatkan 222 kerusi parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15).
GOMBAK, 4 NOV: Kerajaan Selangor tidak pernah sesekali mengurangkan peruntukan tahunan agama Islam seperti dakwaan pemimpin tertentu dalam ceramah pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
GOMBAK, 4 NOV: Kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) penting bagi memulihkan semula maruah pengundi Gombak yang tercalar, kata Dato' Seri Amirudin Shari, calon HARAPAN bagi parlimen tersebut.
SHAH ALAM, 3 NOV: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar digugur daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-15.
IPOH, 3 NOV: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak mengumumkan bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan menampilkan 17 muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN SHAH ALAM, 3 NOV: Lima laluan di sekitar pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk Parlimen Hulu Selangor akan ditutup Sabtu ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata penutupan jalan bermula 1 pagi sehingga proses...
KLANG, 2 NOV: Barisan Nasional (BN) mahupun Perikatan Nasional (PN) tidak mampu menyediakan manifesto lebih baik berbanding Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana terpalit isu rasuah dan salah guna kuasa.
SHAH ALAM, 1 NOV: Empat menteri tidak dicalonkan semula mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-15 ketika diumumkan Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR SHAH ALAM, 1 NOV: Isu banjir dihadapi penduduk Klang antara tumpuan V Ganabatirau jika diberi mandat menerajui kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Calon DAP yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning berkata isu berkenaan dialami penduduk...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.