ad
AGENSI

Lima laluan ditutup sempena penamaan calon Parlimen Hulu Selangor

3 Nov 2022, 9:08 AM
Lima laluan ditutup sempena penamaan calon Parlimen Hulu Selangor

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 3 NOV: Lima laluan di sekitar pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk Parlimen Hulu Selangor akan ditutup Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata penutupan jalan bermula 1 pagi sehingga proses tersebut selesai di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Tanah di sini.

"Lima laluan itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Dato' Haji Kamarudin, Jalan Abdul Hamid, Jalan Mat Kilau dan Jalan Dato Muda Jaafar.

"Laluan terlibat akan dilencongkan ke Jalan Kubu, Jalan Dato' Tabal, Jalan Rasathurai, Jalan Dato' Balai, Jalan Abdul Hamid, Jalan Syed Masyor dan Jalan Kuala Lumpur-Kuala Lipis," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi melancarkan proses semasa hari penamaan calon terbabit.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.