KUALA LUMPUR 24 FEB: Polis menahan empat lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan dengan senjata dan menyamar sebagai anggota polis, di sebuah rumah di Jalan Pandan Indah, Ampang, dua hari lepas.
KUALA LUMPUR, 23 FEB: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis ganja dan 100 pil erimin 5 dianggarkan bernilai RM7,346, di kawasan sebuah kondominium di Wangsa Maju, Rabu lepas.
KUALA LUMPUR, 22 FEB: Hanya kerana tidak berpuas hati almari kasut diletakkan di laluan masuk ke biliknya, seorang pemuda bertindak kejam memukul ibunya dengan menggunakan stereng kereta, menyebabkan mangsa patah dua batang gigi dan berdarah di kepalanya.
IPOH, 21 FEB: Seorang anggota tentera maut selepas terseret sejauh 100 meter dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 379 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Slim River, malam tadi.
BALIK PULAU, 18 FEB: Polis menahan seorang lelaki, Khamis lepas dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000 dalam kejadian di sini baru-baru.
JOHOR BAHRU, 18 FEB: Seorang lelaki yang tidak memberikan laluan kepada sebuah ambulans di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini pagi semalam, telah dikenakan tindakan saman.
KUALA LUMPUR, 16 FEB: Jumlah kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 34.3 peratus dengan 4,741 kes kes melibatkan kerugian RM558 juta setakat 11 Feb tahun ini, berbanding 3,530 kes dengan nilai kerugian RM181 juta pada tempoh sama tahun lepas.
ALOR GAJAH, 14 FEB: Seorang wanita putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai dalam kejadian cubaan samun di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, semalam.
KUANTAN, 14 FEB: Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM85,000 selepas terpedaya dengan pinjaman wang tidak wujud menerusi media sosial.
KUANTAN, 12 FEB: Seorang warga Nepal dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh dari kawasan berbatu ketika membuat panggilan video di Teluk Tongkang di sini, hari ini.
JOHOR BAHRU, 12 FEB: Polis Johor menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Sabtu lepas.
IPOH, 11 FEB: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu yang dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan kehilangan dua utas rantai emas milik seorang tukang jahit, dalam kejadian di Tanjung Rambutan, 8 Feb lalu.
GEORGE TOWN, 11 FEB: Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita, mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, di sini baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Seorang wanita berumur lingkungan 40an ditemukan lemas di Tasik Pandan Lake View, di sini, hari ini.
JOHOR BAHRU, 11 FEB: Dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, yang ditahan dua hari lepas, bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000, dilepaskan dengan jaminan polis hari ini.
KUALA LUMPUR, 9 FEB: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan hanya 45 item bunga api yang telah diluluskan untuk dijual sejak 2018 dengan mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan.
KUANTAN 8 FEB: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan di kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, di Temerloh.
KUANTAN, 7 FEB: Seorang remaja ditemukan lemas selepas mandi di Air Terjun Lipur Sungai Pandan di sini hari ini.
SEREMBAN, 7 FEB: Warga emas ditahan kerana disyaki mendera bayi perempuan berusia 11 bulan di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di taman perumahan di Nilai, dekat sini, Isnin lepas.
PETALING JAYA, 7 FEB: Mana-mana pegawai atau anggota polis yang menerima sampul berisi wang atau angpau semasa waktu bekerja merupakan satu kesalahan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.