AGENDA

Polis tahan warga asing disyaki lakukan amang seksual, larikan kanak-kanak perempuan

21 Sep 2024, 3:00 PM
Polis tahan warga asing disyaki lakukan amang seksual, larikan kanak-kanak perempuan

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki melarikan dan melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Seri Kembangan, Serdang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan dalam kenyataan berkata ketika kejadian kira-kira 11 malam itu, kanak-kanak warga tempatan berkenaan sedang bermain bersama beberapa rakan berhampiran tempat kerja bapanya.

Beliau berkata bapa mangsa kemudian menyedari anaknya dilarikan seorang lelaki sebelum melaporkan hal itu kepada pihak polis.

Menurut Anbalagan suspek ditangkap tidak lama selepas itu dan didapati memiliki bahan lucah serta tiada dokumen perjalanan yang sah.

Lelaki berumur 35 tahun itu direman tujuh hari hingga 29 Sept ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 363 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.