JOHOR BAHRU, 17 MAC: Ibu kepada bayi lelaki berusia setahun enam bulan yang dipercayai maut akibat dikelar di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di sini, ditahan reman tujuh hari.
JOHOR BAHRU, 16 MAC: Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penculikan seorang remaja lelaki sehingga membawa kepada kecederaan, dalam kejadian di kawasan Taman Perumahan Kota Masai di Pasir Gudang di sini semalam.
SUNGAI BULOH, 15 MAC: Polis berjaya menumpaskan dua sindiket mengedar dadah selepas menahan lima individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM176,600 dalam tiga serbuan berasingan di Selangor dan Lembah Klang.
KANGAR, 12 MAC: Polis menahan seorang peniaga produk sejuk beku selepas menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM8,000 dalam sebuah rumah di Taman Guar Gajah, Arau semalam.
PASIR MAS, 11 MAC: Polis menahan empat lelaki yang disenarai sebagai orang yang dikehendaki, termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ hari ini, berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, di sini, baru-baru ini.
GEORGE TOWN, 11 MAC: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana ingin mendapatkan ganti rugi dan video mengenai insiden itu tular sejak kelmarin.
IPOH, 10 MAC: Mayat bayi perempuan yang baru lahir ditemukan dalam parit berdekatan tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar di Seri Iskandar petang tadi.
KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dua individu dipercayai saksi kejadian bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondomonium di Sri Petaling di sini semalam, telah dirakam percakapan mereka hari ini bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR, 9 MAC: Seorang bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling di sini hari ini.
JERANTUT, 9 MAC: Seorang pemandu lori balak maut digilis sebuah jentera berat selepas tergelincir dan jatuh dari kenderaannya semasa sedang mengikat kayu balak dalam kemalangan di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol di sini, semalam.
JOHOR BAHRU, 7 MAC: Polis Johor menumpaskan sindiket sindiket pengedaran dadah yang bertindak sebagai ‘one stop centre’ dengan membekalkan pelbagai jenis dadah utama dalam pasaran sejak Disember tahun lepas.
GEORGE TOWN, 6 MAC: Seorang anggota polis berpangkat konstabel menerima tujuh jahitan di tapak tangan kiri akibat cedera selepas bergelut dengan penagih ketika serbuan Op Tapis di Teluk Kumbar, petang semalam.
SHAH ALAM, 6 MAC: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika berada dalam jagaan di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Setia Alam di sini Isnin lepas.
KUANTAN, 6 MAC: Seorang pesara guru kerugian lebih RM138,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon menyamar pegawai polis dan pegawai pusat keselamatan Putrahaya bulan lepas.
IPOH, 5 MAC: Pasangan suami isteri ditemukan maut dipercayai dibunuh di kawasan kelapa sawit di Pantai Remis dekat Manjung, hari ini.
JOHOR BAHRU, 3 MAC: Seorang lelaki kerugian RM427,940 selepas terpedaya dengan seorang individu baharu dikenali untuk urusan pengeluaran wang yang menjanjikan bayaran balik berserta komisen.
SUNGAI PETANI, 1 MAC: Seorang lelaki warga emas berumur 65 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes tembak seorang anggota polis di Hutan Simpan Ulu Muda dekat Sik, semalam.
SEREMBAN, 29 FEB: Seorang wanita berumur 66 tahun mengalami kerugian RM173,500 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’, di sini, semalam.
JOHOR BAHRU, 25 FEB: Polis telah merekodkan keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian tular penderaan seekor anjing peliharaan di sebuah taman perumahan di Johor Jaya di sini baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan membuat provokasi terhadap anggota polis yang menjalankan tugas di Subang Jaya, Selangor, Jumaat lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.