MELAKA, 4 JUN: Seorang lelaki Indonesia direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes merakam video seorang wanita di tandas menggunakan telefon bimbit di Lorong Hang Jebat di sini dua hari lepas.
JOHOR BAHRU, 3 JUN: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM520,000 selepas terperdaya dengan sindiket phone scam atau penipuan melalui panggilan telefon bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 2 JUN: Berang ditegur menunggang motosikal tanpa topi keledar, dua individu yang mabuk bertindak nekad membaling pasu tembikar ke arah Balai Polis Serdang pada awal pagi tadi.
GEORGE TOWN, 2 JUN: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di sini pada Jumaat lepas.
MELAKA, 2 JUN: Seorang pekerja kedai serbaneka yang sarat mengandung anak kedua maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Taming Sari di sini dalam kejadian sekitar 7.20 malam semalam.
JOHOR BAHRU, 1 JUN: Tiga individu maut selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam longkang di kilometer 14.3 Lebuhraya Iskandar Sultan di sini hari ini.
IPOH, 31 MEI: Sebanyak 10 individu termasuk pemandu bas mengalami kecederaan apabila bas ekspres yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori tangki di Kilometer (KM) 290.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi.
JERTIH, 29 MEI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas bapanya secara tidak sengaja terlanggar mangsa ketika mengalihkan kenderaan pacuan empat roda di rumah mereka di Kampung Wakaf Kubor di Kampung Raja, dekat sini hari ini.
SHAH ALAM, 29 MEI: Polis menahan 11 warga asing termasuk lima kanak-kanak dipercayai cuba untuk keluar dari Malaysia secara haram di Pantai Tanjong Rhu, Pulau Carey dekat sini pada 12.30 tengah malam tadi.
KUALA LUMPUR, 29 MEI: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor.
KUALA LUMPUR, 28 MEI: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, kelmarin.
KUALA LUMPUR 27 MEI: Seramai 12 individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan Love Scam dan judi dalam talian dengan menjadikan warganegara Amerika Syarikat sebagai mangsa.
KUALA LUMPUR, 26 MEI: Polis telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian kekecohan di luar Stadium Cheras selepas aksi Liga Super antara Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT), semalam.
KOTA BHARU, 26 MEI: Polis menahan 812 individu disyaki memiliki dadah menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.
IPOH, 24 MEI: Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di sini, kelmarin.
KUANTAN, 24 MEI: Isteri seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara menggunakan racun terhadap suami dan ibu mentuanya, lima tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 23 MEI: Polis menahan tujuh remaja lelaki berusia 16 hingga 18 tahun kerana disyaki terlibat memukul dan memaksa pelajar sekolah menyertai kumpulan haram di sekitar Kajang pada Jumaat dan Ahad lepas.
JOHOR BAHRU, 23 MEI: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan kereta buruk sebagai tempat penyimpanan selepas menahan dua individu dalam operasi khas di sini pada 16 hingga 20 Mei lepas.
GEORGE TOWN, 23 MEI: Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian seorang pelajar wanita di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) maut dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah hotel di Tanjung Bungah, di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 21 MEI: Lapan cap jari ditemukan di lokasi kejadian pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim disimbah asid, namun hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.