KLUANG, 12 DIS: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
KUALA LUMPUR, 11 DIS: Polis menjalankan siasatan berhubung sebuah video tular membabitkan tindakan seorang lelaki merokok di sebuah stesen minyak dan memandu secara berbahaya di Damansara Damai, Petaling Jaya di sini.
Oleh Balkish Awang & Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR, 9 DIS: Pada Oktober 2023, media melaporkan kejayaan pihak polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang mengutip derma dalam talian, kononnya untuk tiga badan kebajikan, dengan menangkap 55 individu. Dilaporkan sindiket itu...
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Gara-gara mahu melepaskan diri dan tiga rakan yang dicekup kerana terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin, seorang lelaki sanggup mencuba nasib dengan menawarkan sogokan RM50,000 kepada pegawai polis.
PUTRAJAYA, 8 DIS: Hujan lebat kira-kira satu jam bermula 4 petang tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 20 kenderaan terperangkap akibat banjir di Presint 11 Zon 4A di sini hari ini.
JOHOR BAHRU, 6 DIS: Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di sini semalam.
SEPANG, 6 DIS: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya disyaki dilanggar sebuah kereta di lampu isyarat simpang 3 Jalan Taman Mas, Puchong di sini hari ini.
JOHOR BAHRU, 6 DIS: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes seorang murid berusia 10 tahun yang didakwa dikasari guru sekolahnya, kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat.
TUMPAT, 5 DIS: Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki mengunjungi sebuah pusat hiburan di Golok, Thailand serta terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
SHAH ALAM, 3 DIS: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu secara berbahaya dan mengekori sebuah ambulans dalam keadaan membahayakan ambulans dan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Persekutuan di sini, Ahad lepas.
IPOH, 2 DIS: Balai polis bergerak ditempatkan di Arena Kepayang Putra, Fair Park, di sini bermula hari ini bertujuan memudahkan penduduk membuat laporan berkaitan banjir tanpa perlu hadir ke balai polis.
KUANTAN, 1 DIS: Beberapa jalan utama di daerah Raub ditutup untuk semua kenderaan ringan berikutan banjir susulan hujan lebat sejak petang semalam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dalam kenyataan yang yang dimuat naik di Facebook berkata antara jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan...
KOTA BHARU, 30 NOV: Tindakan pantas Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelamatkan nyawa seorang mangsa banjir yang mengalami komplikasi jantung di kawasan terjejas teruk di Rantau Panjang, Pasir Mas.
PASIR MAS, 30 NOV: Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan bagi memberi bantuan bekalan makanan dan keperluan kepada mangsa di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) yang terputus hubungan akibat banjir di Kelantan.
PASIR MAS, 30 NOV: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam air di sebuah rumah di Kampung Cherang Melintang, Tumpat, pada Khamis.
TANAH MERAH, 29 NOV: Beberapa jalan di daerah Tanah Merah ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir yang menenggelami jalan selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
KUANTAN, 27 NOV: Seorang pesara lelaki berusia 56 tahun mengalami kerugian RM577,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklan menerusi media sosial bulan lepas.
SHAH ALAM, 26 NOV:- Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum melarikan seutas jam tangan jenama Rolex berharga RM64,000 di sebuah kedai di Seksyen 16, Subang Jaya, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori yang mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut, di Jalan Kerinchi di sini pagi semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.