AGENDA

Polis siasat remaja Britain dilaporkan hilang

10 Jul 2025, 3:52 PM
Polis siasat remaja Britain dilaporkan hilang

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kehilangan seorang remaja lelaki warganegara Britain yang dilaporkan tiba di negara ini pada 7 Jun lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus berkata remaja berkenaan David Renz Galletes Balisong, 17, dikesan memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dipercayai masih berada dalam negara.

“Siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti segala maklumat yang boleh membantu usahapengesanan dan penyelesaian kes ini,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan gambar remaja berkenaan turut diedarkan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.

“Sekiranya mempunyai maklumat, orang awam diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Hazuin Jan Abdul Hamid dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di talian 017-7369187,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.