ALOR SETAR, 24 APRIL: Taktik penyamaran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penumpang ‘mengena’ apabila berjaya mengesan tiga pemandu bas ekspres membuat panggilan video dan siaran langsung menerusi aplikasi TikTok ketika pemanduan, menerusi Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 yang bermula 1 hingga 20 April lepas.