CHUKAI, 16 OKT: Tiga nelayan dikhuatiri hilang di perairan Kemaman selepas keluar menangkap ikan Ahad lepas.
SEREMBAN, 14 OKT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini dapat menjadi pemangkin kepada transformasi sektor perikanan, dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan hidup nelayan.
SHAH ALAM, 5 OKT: Nelayan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas setelah dipercayai terjatuh dari bot yang dinaiki bersama rakannya di perairan Batu Laut, ditemukan lemas di perairan Tanjung Gabang dekat sini pada petang Khamis.
KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) berharap agar Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober ini, akan meneruskan pemberian subsidi petrol serta diesel dan bantuan sara hidup kepada komuniti nelayan tanpa mengira kelas.
KUALA TERENGGANU, 6 OGOS: Nelayan yang didapati terlibat dalam kegiatan menjual diesel di laut akan dibatalkan kelayakan subsidi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.
SANDAKAN, 15 JULAI: Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
KUALA LANGAT, 2 JULAI: Seramai 200 nelayan negeri ini menikmati bantuan berjumlah RM400,000 menerusi program Pembangunan Agropreneur Selangor: Bantuan Nelayan.
SHAH ALAM, 26 JUN: Mayat seorang lelaki yang merupakan mangsa insiden bot terbalik pada Ahad lalu ditemukan di perairan Pulau Indah, Klang semalam.
BATU PAHAT, 23 JUN: Tekong bot nelayan dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama empat yang lain terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di sini pada Jumaat lepas, ditemukan lemas pada 7 malam semalam.
BATU PAHAT, 22 JUN: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di sini semalam.
TAIPING, 13 MEI: Seorang nelayan dan pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21,037.10 gram pada awal bulan ini.
PUTRAJAYA, 9 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di sebuah premis di Sungai Besar, Selangor dalam satu serbuan pada 5 Mac lepas.
KUALA LUMPUR, 19 OKT: Kerajaan membelanjakan RM622.88 juta bagi pembayaran elaun sara hidup nelayan sejak 2008 hingga 2022, dalam usaha membantu meringankan beban golongan itu menghadapi kenaikan kos sara hidup.
KUALA LUMPUR, 16 OKT: Nasib nelayan di negara ini terus terbela dan menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan menerusi pelbagai insentif dan bantuan disediakan dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.
SEPANG, 24 JUN: Kerajaan Negeri sentiasa membantu dan menjaga kebajikan hampir 10,000 nelayan di Selangor menerusi pelbagai bantuan serta program menjana pendapatan.
Oleh Soon Li Wei & Rohani Mohd Ibrahim Di sebalik pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan penyertaan usahawan muda dalam sektor perikanan, sambutan yang diterima sekadar suam-suam kuku. Artikel kedua daripada laporan dua bahagian tentang industri perikanan...
SHAH ALAM, 5 JUN: Dua nelayan berdepan detik cemas apabila bot dinaiki dua beranak itu dilanda ribut dan karam awal pagi semalam, sebelum dihanyutkan di sekitar perairan Kuala Langat.
MANJUNG, 15 MEI: Ketika masih ramai lagi sedang lena diulit mimpi, Mohd Salleh Yunus pula menjadikan rutin untuk bangun seawal pukul tiga pagi untuk bergerak ke ‘kebun’ kerang di perairan Lembah Lekir bagi menyauk ‘emas hitam’ yang menjadi sumber rezeki utamanya sejak tiga tahun lepas.
SHAH ALAM, 28 APRIL: Perdana menteri sedia mendengar keluhan dan bantahan nelayan tempatan yang mendakwa terjejas pendapatan susulan pembangunan projek Pulau Pinang Selatan (PSI).
PUTRAJAYA, 7 APRIL: Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 secara sekali beri sebanyak RM200 kepada 240,000 pesawah dan 38,500 nelayan dibuat mulai Isnin ini (10 April), menurut Kementerian Pertanian dan Kerterjaminan Makanan (MAFS).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.