GEORGE TOWN, 26 JUL: Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sebarang cubaan penipuan berkaitan pemberian bantuan tunai RM100 secara sekali bayar menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SHAH ALAM, 26 JUL: Tujuh daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 3 petang.
DUNGUN, 26 JUL: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor beruang matahari yang berkeliaran di Kampung Padang Ping, di sini sejak minggu lepas.
KUANTAN, 26 JULAI: Seorang penerjun cedera manakala dua lagi terselamat selepas tersasar dari lokasi pendaratan dalam acara BASE Jump Extreme Challenge bersempena dengan Pesta Kuantan 188, di sini semalam.
Oleh AIDA NYAN KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Basikal bukan sekadar alat riadah atau mainan kanak-kanak, sebaliknya memiliki potensi besar sebagai pemangkin perubahan sosial, kata aktivis berbasikal, Akmal Azfar Abd Mutalib. Menerusi dua inisiatif utamanya The Park Tool School - Learn One Teach One...
SHAH ALAM, 25 JULAI: Pejabat Dato’ Menteri Besar mengecam tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan bertajuk “Penjawat awam Selangor boleh hadir Himpunan Turun Anwar” petang tadi, yang disifatkan tidak benar dan berunsur fitnah.
PUTRAJAYA, 25 JULAI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan 4,184 rondaan darat dan 645 penerbangan dron bagi memantau aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menyumbang kepada jerebu sejak awal tahun hingga semalam.
JERLUN, 25 JULAI: Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di kawasan Muda di Kedah akan membawa reformasi menyeluruh kepada ekosistem industri padi dan beras negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Kerajaan Selangor berhasrat membawa karya kanak-kanak yang dihasilkan penerbit dan penulis tempatan untuk dipamerkan serta diperkenalkan di Pesta Buku Kanak-Kanak Bologna pada masa akan datang.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini hari ini bersempena sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor 2025.
JITRA, 25 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bukan mudah untuk kerajaan menurunkan harga minyak RON95 walaupun hanya enam sen kerana perlu mengambil kira implikasi kewangan kepada negara.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato’ Menteri Besar mengarahkan seluruh unit bencana negeri memantau keadaan jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan ketika ini.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini merasmikan Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2025 yang diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam di sini.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar raya ini dijangka mengalami lencongan trafik berikutan perhimpunan anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, esok.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan mengelak sebarang perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey sehingga diberitahu kelak, susulan ketegangan yang semakin meningkat di sempadan Kemboja-Thailand.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Dua kawasan di negara ini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, iaitu Johan Setia, Selangor dengan bacaan 152, diikuti Kuching, Sarawak dengan bacaan 111, setakat jam 3.47 petang ini.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Usaha memperluas pendidikan falak di Selangor akan diperkasa ke arah melahirkan generasi yang bukan sahaja celik teknologi tetapi juga membudayakan celik falak, waktu, ibadah dan jati diri.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Operasi pembenihan awan (OPA) hanya akan dilaksanakan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 secara berterusan lebih 24 jam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
SHAH ALAM, 25 JULAI: Kerajaan diminta menyemak semula syarat penjagaan bayi bawah usia 12 bulan di pusat asuhan termasuk nisbah jagaan bagi mengelak timbulnya kesan kepada ibu bekerja.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.