SUNGAI BESAR, 12 JULAI: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menyalurkan aset pertanian bernilai RM340,000 kepada penduduk Kampung Parit Empat, di sini, menerusi Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dalam usaha memperkasa komuniti luar bandar secara bersepadu dan inklusif.