SHAH ALAM, 12 SEPT: Seramai 29 jemaah haji muassasah 2024 sekitar Bukit Melawati menerima Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 setiap seorang baru-baru ini.
SHAH ALAM, 9 SEPT: Proses permohonan dan pengagihan bantuan bencana oleh Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mudah dan cepat, kata Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor.
Pelajar sekolah, khususnya kalangan keluarga berpendapatan rendah kini boleh belajar di kelas tambahan tanpa yuran menerusi telefon pintar atau tablet masing-masing.
SHAH ALAM, 7 SEPT: Platform Selangor (PLATS) berhasrat menjadikan medan selera pertama di Alam Impian, Shah Alam menggunakan sepenuhnya urus niaga tanpa tunai, maklum Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
SHAH ALAM, 7 SEPT: Program latihan usahawan Platform Selangor (U-PLATS) Expand membantu peserta Platform Selangor (PLATS) yang berpontensi memasarkan produk ke peringkat antarabangsa.
SHAH ALAM, 6 SEPT: Seramai 40,333 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdaftar dengan Platform Selangor (PLATS) sejak diperkenal pada 2020.
HULU LANGAT, 6 SEPT: Pendedahan kepada platform digital terutama media sosial yang bergerak pantas membantu ramai usahawan mengembang dan mempromosi perniagaan secara meluas.
SUNGAI BULOH, 28 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menyasar sumbangan zakat lebih RM10 juta pada tahun ini susulan peningkatan prestasi beberapa anak syarikatnya.
SHAH ALAM, 27 OGOS: Seramai 24 kakitangan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dianugerah Sijil Pengamal Sumber Manusia (CHRP) selepas menamatkan kursus jangka pendek di Universiti Selangor (Unisel).
KUALA SELANGOR, 27 OGOS: Seorang asnaf menzahirkan kesyukuran tatkala kediamannya yang agak uzur mendapat perhatian Kerajaan Selangor untuk dibaik pulih.
SHAH ALAM, 15 OGOS: Rakyat Selangor berusia seawal 30 hari hingga 80 tahun dipelawa memohon Skim Insurans Am Selangor (INSAN).
SHAH ALAM, 7 OGOS: Kerajaan Selangor menawarkan program latihan penyelenggaraan dan baik pulih enjin pesawat khusus untuk rakyat negeri ini bermula Oktober depan, bersekali bayaran elaun.
HULU SELANGOR, 5 OGOS: Mangsa banjir melibatkan lima kampung di Hulu Bernam memuji tindakan pantas Kerajaan Negeri yang menghulurkan bantuan awal kepada mereka.
KUALA LANGAT, 31 JULAI: Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM1 juta bagi menghargai mereka yang mengharumkan nama negeri.
Oleh DANIAL DZULKIFLY KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Selangor memiliki asas kukuh dan ramuan ekonomi yang tepat, termasuk peningkatan jumlah pekerja mahir dalam pelbagai sektor untuk menarik pelaburan bernilai tinggi. Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata...
SHAH ALAM, 19 JULAI: Perbincangan akan diadakan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung kenaikan Insentif Haji Muassasah kepada RM2,000 untuk jemaah negeri mulai 2026.
KUALA LANGAT, 18 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 75 keluarga sekitar Telok Panglima Garang, di sini yang terkesan ribut pada April.
SUBANG JAYA, 16 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menjalin kerjasama dengan tiga syarikat China bagi membangunkan projek Taman Perindustrian Digital dan Teknologi Hijau China-Malaysia di Selangor Bio Bay, Pulau Indah.
SHAH ALAM, 11 JULAI: Seramai 3,000 jemaah haji Selangor boleh memohon Insentif Haji Muassasah berjumlah RM1,000.
SHAH ALAM, 2 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mengambil kira elemen bunyi, debu, kawalan trafik, tiada mendapan bergerak yang mengganggu penduduk untuk pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.