ANKARA, 18 NOV: Serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza memasuki hari ke-43 pada Sabtu, dengan angka terkini menunjukkan lebih 12,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 8,300 wanita dan kanak-kanak.
GEORGE TOWN, 16 NOV: Seorang wanita maut dipercayai akibat disengat tebuan ketika sedang mendaki di kawasan Bukit Gambir, di sini hari ini.
BUKIT MERTAJAM, 11 NOV: Dua maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja berusia 16 tahun yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang...
GAZA, 11 NOV: Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.
KUALA LUMPUR, 9 NOV: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan maut selepas dipercayai ditinggalkan lebih tujuh jam di dalam kereta di Ara Damansara, semalam.
ALOR SETAR, 29 OKT: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok dalam kejadian ribut di Kampung Bukit Payong dekat Pokok Sena, petang tadi.
ALOR SETAR, 23 OKT: Seorang wanita maut manakala kakaknya cedera selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian di Jalan Kuala Kedah dekat sini, petang semalam.
IPOH, 15 OKT: Dua rakan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang bekerja di gerai burger di Taman Bercham Jaya, di sini awal pagi tadi.
IPOH, 15 OKT: Seorang pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar pembahagi tol dalam kejadian di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) lewat malam tadi.
JERTIH, 5 OKT: Seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak semalam ditemukan maut, pada ketinggian kira-kira enam meter di atas pokok dokong di Kampung Dusun Beliku, Hulu Besut, petang tadi.
ARAU, 30 SEPT: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di kediaman pasangan itu di Jalan Padang Nyu, di sini pagi tadi.
BINTULU, 30 SEPT: Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St.
PUTRAJAYA, 20 SEPT: Identiti dua penunggang motosikal yang maut, dalam kemalangan melibatkan sebuah treler merempuh beberapa kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini hari ini, telah dikenal pasti.
PUTRAJAYA, 20 SEPT: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan pelanggaran sebuah lori dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini hari ini.
SUNGAI PETANI, 14 SEPT: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang sebuah trak tentera di Kilometer 87 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dekat Gurun, kira-kira pukul 2.20 petang tadi.
NIBONG TEBAL, 10 SEPT: Wanita warga emas yang maut dalam nahas membabitkan lapan kenderaan termasuk dua treler di Kilometer (KM) 164.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini awal pagi tadi, dalam perjalanan bersama keluarga menghantar cucu lelakinya mendaftar ke institut pengajian tinggi di Perlis.
KOTA BHARU, 3 SEPT: Seorang penjawat awam maut selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang, di sini, hari ini.
SEGAMAT, 2 SEPT: Remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan enam ahli keluarganya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, semalam, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat, di sini.
SHAH ALAM, 2 SEPT: Sepasang suami isteri maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Megah, Cheras awal pagi hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, pada 2.40 petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.