AGENDA

Perkakas elektrik rumah terbakar, suami isteri maut dipercayai sesak nafas

2 Sep 2023, 2:26 AM
Perkakas elektrik rumah terbakar, suami isteri maut dipercayai sesak nafas
Perkakas elektrik rumah terbakar, suami isteri maut dipercayai sesak nafas

SHAH ALAM, 2 SEPT: Sepasang suami isteri maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Megah, Cheras awal pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata kebakaran dipercayai berpunca alat perkakasan elektrik di ruangan bawah tangga rumah teres dua tingkat itu, lapor portal Astro Awani.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.18 pagi. Rumah berkenaan mengalami kebakaran sebanyak 3 peratus dan terdapat dua mangsa iaitu pasangan suami isteri yang mengalami kecederaan melecur dan sesak nafas," katanya menerusi kenyataan.

Wan Md Razali berkata, kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

[caption id="attachment_600876" align="aligncenter" width="701"] Sepasang suami isteri maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Megah, Cheras pada 2 September 2023. Foto Facebook BERNAMA[/caption]