AGENDA

Wanita maut dipercayai disengat tebuan ketika daki Bukit Gambir

16 Nov 2023, 2:45 PM
Wanita maut dipercayai disengat tebuan ketika daki Bukit Gambir

GEORGE TOWN, 16 NOV: Seorang wanita maut dipercayai akibat disengat tebuan ketika sedang mendaki di kawasan Bukit Gambir, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 58 tahun tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Pihak polis menerima laporan daripada seorang doktor di HPP memaklumkan seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir di sini.

"Proses bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita itu," katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi kira-kira 10 saat beberapa individu memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa yang terbaring dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.