JEMPOL, 21 FEB: Keseronokan dua beradik mandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berumur empat tahun maut dihempap sebatang pokok pada kejadian kira-kira 1.17 tengah hari semalam.
GEORGE TOWN, 20 FEB: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditungganginya disyaki terbabas sendiri dan terlanggar pembahagi jalan ketika melalui Jalan Bukit Gambir, di sini, hari ini.
ALOR SETAR, 19 FEB: Seorang remaja perempuan maut manakala adik lelakinya yang berusia lima tahun cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki merempuh belakang lori di Jalan Gunung Keriang dekat sini hari ini.
SEREMBAN, 19 FEB: Seorang wanita Orang Asli yang hamil empat bulan maut selepas motosikal dinaikinya berlanggar dengan van klinik pergigian di Kilometer 37.8 Seremban-Tampin, Pekan Kota di sini petang tadi.
GAZA, 17 FEB: Seramai 112 penduduk Palestin maut angkara kekejaman tentera penceroboh Israel manakala 157 lagi cedera dalam tempoh 24 jam di Semenanjung Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
KAPAR, 13 FEB: Juruterbang dan seorang pembantu juruterbang disahkan maut dalam kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas tengah hari tadi di Kampung Tok Muda di sini.
BALING, 13 FEB: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dihempap runtuhan dinding rumah yang sedang dalam proses pembinaan, ketika bermain bersama adiknya di rumah mereka di Kampung Padang Lalang, Tawar dekat sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang rosak di lorong kecemasan di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar, Hulu Selangor, hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Seorang wanita maut, manakala empat rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Batang Kali, petang tadi.
IPOH, 3 FEB: Dua pemandu lori maut akibat tersepit di dalam kenderaan mereka dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dekat Gopeng di sini pagi ini.
SHAH ALAM, 1 FEB: Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai tertinggal di dalam kereta di parkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, Selasa lalu.
KUANTAN, 26 JAN: Seorang lelaki maut manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands awal pagi ini.
LABUAN, 24 JAN: Tindakan berani seorang lelaki menyelamatkan jirannya yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Merinding di sini awal pagi tadi, mengundang hiba apabila dia meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.
SHAH ALAM, 22 JAN: Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi tadi.
TAMPIN, 20 JAN: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi hutan di kilometer 7.3 berhampiran Kampung Rokan dekat sini pada 7.30 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Seorang wanita berusia lingkungan 60-an ditemukan maut dengan hampir seluruh badan terbakar di tepi jalan di Kelana Jaya awal pagi tadi.
DUNGUN, 8 JAN: Seorang guru lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut untuk bertugas sebagai pengawas Ujian Berturut Bahasa Melayu (UBBM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.
NILAI, 7 JAN: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala pada Jumaat lepas.
LONDON, 6 JAN: Lebih 90,000 orang iaitu kira-kira empat peratus daripada penduduk di Gaza maut, cedera atau hilang, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med pada Jumaat.
TOKYO, 5 JAN: Angka kematian akibat gempa bumi di wilayah Ishikawa di tengah Jepun meningkat kepada 92 orang dengan jumlah penduduk yang tidak dapat dikesan melebihi 200 orang, empat hari selepas beberapa siri gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.