KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Seorang jurulatih berbasikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelatih berbasikal perempuan, tahun lepas.
PUTRAJAYA, 30 JUN: Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan esok terhadap rayuan akhir enam individu yang disabitkan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.
SHAH ALAM, 24 JUN: Sebuah kilang memproses plastik di Jalan Kalabakan, Sabak Bernam dijatuhkan hukuman denda RM105,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Selangor, semalam.
SHAH ALAM, 24 JUN: Mahkamah Rayuan memutuskan tanah di Jalan Duta kekal sebagai hak milik Kerajaan Persekutuan, sekali gus menolak tuntutan pemilikan oleh Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR, 17 JUN: Empat individu termasuk dua anggota polis dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merompak wang tunai berjumlah RM1.1 juta milik seorang ahli perniagaan, empat tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 10 JUN: Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didenda RM4,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk kenderaan dan kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium, dua tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 4 JUN Seorang bekas kakitangan sebuah stesen televisyen berbayar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 743 pertuduhan mengubah suai sistem pangkalan data syarikat itu dengan menukar akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat tanpa kebenaran.
JOHOR BAHRU, 30 MEI: Bekas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima suapan RM10,000, lima tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 21 MEI: Dua rakan kongsi sebuah syarikat dan seorang pemandu lori didenda RM200,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Kuala Selangor dekat sini hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki minyak diesel tanpa lesen sah.
KOTA BHARU, 14 MEI: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menikam abangnya hingga cedera parah dengan menggunakan tulang ekor pari di sebuah rumah di Bachok, awal bulan ini.
ALOR GAJAH, 13 MEI: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini, atas dakwaan melakukan pengabaian hingga menyebabkan kecederaan parah pada anak kandung mereka yang berusia dua bulan, pada awal bulan ini.
GEORGE TOWN, 7 MEI: Dua pembantu kesihatan awam di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang direman tiga hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM54,000 daripada seorang kontraktor, tahun lepas.
MELAKA, 7 MEI: Ibu dan bapa kepada bayi lelaki berusia dua bulan disyaki didera di Sungai Petai Alor, Gajah semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan ke atas tiga lelaki, selepas didapati bersalah kerana mengedar dadah seberat 32 kilogram (kg), enam tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa seorang penganggur yang mengaku bersalah membunuh ibu dan bapanya yang mayat mereka ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di Kampung Sungai Penchala, berada dalam keadaan waras ketika melakukan kesalahan itu.
KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Seorang tukang rumah dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana meragut seutas rantai emas milik seorang wanita di kedai makan, minggu lepas.
PETALING JAYA, 24 APRIL: Seorang pegawai penyiasat dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini terdapat elemen pengabaian yang timbul semasa siasatannya terhadap ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
PETALING JAYA, 7 APRIL: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat beberapa mesej perbualan WhatsApp daripada nombor telefon bimbit milik dua individu berkaitan dengan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin sebelum dan pada hari kanak-kanak autistik itu dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023.
BATU PAHAT, 3 APRIL: Seorang tukang masak dan seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang lelaki serta wanita bagi tujuan eksploitasi kerja di Myanmar.
KUALA LUMPUR, 27 MAC: Seorang pengetua sebuah tadika didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan dengan memulas telinga anak muridnya berusia enam tahun selepas tersalah menulis huruf G, tahun lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.