KUALA LUMPUR, 3 JUN: Lebih 100,000 baucar buku ditebus setakat semalam iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
PUTRAJAYA, 2 JUN: Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus oleh murid dan pelajar menggunakan aplikasi DELIMa dan Kota Buku Digital sehingga kini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KUALA LUMPUR, 23 MEI: Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing bermula 10 pagi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara dalam talian pada Isnin ini.
NIBONG TEBAL, 10 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
PUTRAJAYA, 9 MEI: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
PUTRAJAYA, 30 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah, kurikulum persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.
GEORGE TOWN, 27 APRIL: Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas.
GUA MUSANG, 23 APRIL: Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
SEREMBAN, 20 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan 6,034 guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah seluruh negara, bermula Isnin.
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil inisiatif memperluas pengambilan calon guru tajaan kementerian itu bagi mengikuti latihan praperkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mulai ambilan tahun ini.
KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
PUTRAJAYA, 23 MAC: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia memberi kerjasama penuh berhubung siasatan kejadian seorang pelajar kolej vokasional di Sabah yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan, semalam.
PUTRAJAYA, 19 MAC: Semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota pelaksana memakai pakaian sukan sopan ketika cuaca panas.
PUTRAJAYA, 19 MAC: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac ini (Selasa), menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
PUTRAJAYA, 14 MAC: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
SHAH ALAM, 27 FEB: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengekalkan garis panduan sedia ada supaya murid memakai pakaian seragam dua hari seminggu untuk sesi persekolahan akan datang.
NIBONG TEBAL, 3 FEB: Kementerian Pendidikan sentiasa menambah baik kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan pentaksiran itu.
NIBONG TEBAL, 3 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan pasukan khas untuk penyelarasan semula sistem pendidikan prasekolah di bawah kementerian itu bagi mempercepat reformasi pendidikan.
KAJANG, 2 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana namun meriah dan penuh penghargaan bagi meraikan semua pelajar.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.