ad
AGENDA

KPM: Budaya baca akhbar di sekolah bantu kuasai bahasa Melayu

14 Mac 2024, 3:14 AM
KPM: Budaya baca akhbar di sekolah bantu kuasai bahasa Melayu

PUTRAJAYA, 14 MAC: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.

Bagi menjayakan inisiatif itu, KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.

"Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada," menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan inisiatif itu dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.