AGENDA

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2023 pada 26 Mac

19 Mac 2024, 1:57 AM
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2023 pada 26 Mac

PUTRAJAYA, 19 MAC: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac ini (Selasa), menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan 4,058 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lalu di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Menurut KPM, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula 10 pagi pada 26 Mac hingga 6 petang, 1 April.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan dari 10 pagi 26 Mac hingga 6 petang 1 April, untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.