TAWAU, 18 FEB: Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM14,250, dua tahun lepas.
KOTA BHARU, 16 FEB: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat, kata Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan.
PUTRAJAYA, 13 FEB: Pasukan Inspektorat Penguatkuasaan Jabatan Imigresen (JIM) akan ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan di bazar Ramadan bagi memastikan tiada peniaga memindahkan lesen mereka kepada pihak lain khususnya kepada warga asing.
PUTRAJAYA, 8 FEB: Jabatan Imigresen merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield, Kuala Lumpur pada Khamis lalu, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, kelmarin.
KUALA LUMPUR, 26 JAN: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengalu-alukan tindakan tegas yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen terhadap 10 premis di Kuala Lumpur yang didakwa digunakan oleh warga asing untuk mengendalikan klinik kesihatan secara haram.
SHAH ALAM, 24 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Jabatan Imigresen menahan 52 warga asing dalam serbuan berasingan di 11 premis pernigaan sekitar Petaling Jaya, semalam.
KUALA LUMPUR, 24 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 38 warga asing dalam operasi di sebuah penempatan di Kampung Baru, di sini awal pagi tadi.
PUTRAJAYA, 18 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang, dekat sini awal pagi semalam.
PUTRAJAYA, 17 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu kilang kayu serta kilang plastik di Semenyih dan Balakong, Selangor yang menggaji pekerja asing.
KUALA LUMPUR, 4 JAN: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 53 pendatang tanpa izin dalam operasi Op Kutip di kawasan sekitar sebuah pusat beli-belah di Ampang, Selangor, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menahan 80 pendatang tanpa izin dalam operasi khas, Op Sapu, sempena Tahun Baharu 2025 di kompleks beli-belah di Seri Kembangan, dekat sini semalam.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Sindiket pemalsuan dokumen dan cap imigresen yang dipercayai didalangi warga Pakistan tumpas selepas tiga suspek ditahan menerusi serbuan di sebuah premis di ibu negara.
PUTRAJAYA, 21 DIS: Negara merekodkan 916,821 kemasukan pelawat India sepanjang tempoh setahun pengecualian visa bagi rakyat negara itu, bermula 1 Disember 2023 hingga 1 Disember 2024, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
PUTRAJAYA, 19 DIS: Waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara dilanjutkan selama tiga jam hingga 8 malam sempena cuti persekolahan bermula Sabtu ini hingga 28 Dis.
DENGKIL, 14 DIS: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam dalam Ops Sapu pagi tadi.
PETALING JAYA, 9 DIS: Dua pegawai Jabatan Imigresen yang dipercayai dalang utama dalam kes membawa masuk warga asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan modus operandi "counter setting" dijangka didakwa di mahkamah.
KUALA LUMPUR, 27 NOV: Jabatan Imigresen menahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah, di sini semalam.
PUTRAJAYA, 25 NOV: Jabatan Imigresen (JIM) akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025, iaitu satu daripada inisiatif mentransformasi penyampaian perkhidmatan ke arah pendigitalan dan mempercepat urusan kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
PUTRAJAYA, 23 OKT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang menjadi mangsa eksploitasi seks dalam satu operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, Selangor Isnin lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.