NEW YORK, 28 DIS: Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata bayi di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk dan kekurangan tempat perlindungan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
GAZA, 28 DIS: Pasukan Israel membakar Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, utara Gaza, hospital terbesar di kawasan itu yang memberi perkhidmatan kepada lebih 400,000 penduduk, pada Jumaat.
RAMALLAH, 27 DIS: Kementerian Kesihatan Palestin merayu dengan segera kepada masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dan melindungi pesakit, petugas perubatan serta pusat penjagaan kesihatan di Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah serangan ketenteraan Israel yang berterusan.
GAZA, 26 DIS: Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara oleh tentera pendudukan Israel di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
GAZA, 26 DIS: Tentera pendudukan Israel masih mengepung Hospital Kamal Adwan di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Qatar (QNA), memetik kenyataan pengarah hospital Dr Hussam Abu Safiya.
GAZA, 25 DIS: Pejabat Bantuan Kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menyeru bantuan segera di Semenanjung Gaza, khususnya hospital di utara berikutan laporan berterusan mengenai serangan terhadap hospital dan kawasan sekitar, lapor agensi berita Jerman (dpa).
NEW YORK, 24 DIS: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata pihak berkuasa pendudukan Israel membunuh seorang kanak-kanak setiap jam di Semenanjung Gaza, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).
GAZA, 22 DIS: Lima rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah kediaman di bandar Jabalia, utara Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
ANKARA, 22 DIS: Sekurang-kurangnya 32 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak tahun lalu kepada 45,259, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Kementerian Kesihatan di enklaf hari ini.
KAHERAH, 22 DIS: Sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza merayu bantuan segera daripada komuniti antarabangsa untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan kerana tidak lagi mampu merawat pesakit, lapor agensi berita Jerman dpa.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Dalam ucapan pada Sesi Khas Tergempar ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Malaysia mengecam tindakan ketenteraan Israel yang berterusan di Gaza dan Tebing Barat, serta menyeru campur tangan antarabangsa yang tegas untuk menangani krisis kemanusiaan yang teruk berlaku di Gaza.
BANDARAYA GAZA , 7 DIS: Hamas pada Khamis mengumumkan bahawa ia menerima cadangan Mesir untuk menubuhkan jawatankuasa bersama Palestin bagi menjalankan pentadbiran di Semenanjung Gaza selepas perang yang sedang berlangsung dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin akan mewakili Malaysia dalam Persidangan Kaherah Peringkat Menteri untuk Mempertingkatkan Respons Kemanusiaan di Gaza “Setahun Selepas Bencana Kemanusiaan di Gaza: Keperluan Yang Mendesak, Penyelesaian Berkekalan”, yang dijadual berlangsung pada 2 Dis di Kaherah, Mesir.
GENEVA, 30 NOV: Wakil Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi wilayah Palestin yang diduduki, Ajith Sunghay berkata PBB tidak dapat menyalurkan sebarang bantuan kemanusiaan ke utara Gaza disebabkan keengganan berterusan pihak berkuasa Israel untuk membenarkan konvoi bantuan melintas.
NEW YORK, 29 NOV: Agensi Kerja daan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan keadaan kelangsungan hidup semakin meruncing bagi kira-kira 65,000 hingga 75,000 orang yang dipercayai masih berada di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
NEW DELHI, 27 NOV: Pakistan dan Belarus menandatangani perjanjian dalam pelbagai bidang semasa lawatan Presiden Belarus Alexander Lukashenko ke Islamabad.
BANDARAYA GAZA, 26 NOV: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat pada Isnin memberi amaran bahawa permulaan musim sejuk telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
BANDARAYA GAZA, 26 NOV: Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam yang kehilangan tempat tinggal di Bandaraya Gaza akibat kesesakan di pusat perlindungan, lapor Agensi Anadolu.
GAZA CITY, 24 NOV: Lebih 1,000 doktor dan jururawat terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak tahun lepas, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
RAMALLAH, 25 NOV: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan bahawa bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.