AGENDA

Bayi di Gaza maut akibat cuaca sejuk, tempat berlindung kurang

28 Dis 2024, 4:30 AM
Bayi di Gaza maut akibat cuaca sejuk, tempat berlindung kurang

NEW YORK, 28 DIS: Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata bayi di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk dan kekurangan tempat perlindungan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Pada masa yang sama, selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain telah tersekat di rantau itu selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza,” tambah Lazzarini dalam satu hantaran di platform X.

Beliau menyeru penghantaran segera bekalan asas yang sangat diperlukan, termasuk bekalan untuk musim sejuk sambil mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera.

-BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.