KUALA LUMPUR, 19 DIS: Meskipun pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam pengangkutan awam buat masa ini namun, orang ramai digalakkan memakainya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
SHAH ALAM, 19 DIS: Penduduk Selangor dinasihat mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan kendiri bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 susulan peningkatan kes ketika ini.
SHAH ALAM, 18 DIS: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) digalakkan mengikut saranan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani penularan jangkitan Covid-19.
SHAH ALAM, 18 DIS: Sebanyak 20,696 kes baharu dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Disember, dengan peningkatan 62.2 peratus berbanding berbanding ME sebelumnya, kata menteri kesihatan.
SHAH ALAM, 18 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan varian baharu Covid-19, BA.2.86 belum dikesan di negara ini.
SHAH ALAM, 18 DIS: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.
KUALA LUMPUR, 18 DIS: Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes Covid-19, seperti yang tular di media sosial ketika ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
SHAH ALAM, 16 DIS: Kes Covid-19 di Selangor meningkat kepada 4,326 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49/2023) iaitu sepanjang minggu lalu berbanding 2,278 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
PUTRAJAYA, 14 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan arahan untuk dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi dalam masa terdekat berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Sebanyak 12,757 kes Covid-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023) iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Disember, berbanding 6,796 kes yang direkodkan minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Penggunaan ubat antiviral Paxlovid masih berkesan meskipun terdapat kemunculan varian Covid-19 baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
PUTRAJAYA, 11 DIS: Kes Covid-19 dalam negara meningkat kepada 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48/2023) iaitu dari 26 Nov hingga 2 Dis lepas berbanding 3,626 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
SABAK BERNAM, 10 DIS: Kerajaan Selangor bersedia meneliti untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Keselamatan bagi menangani Covid-19 sekiranya berlaku peningkatan kes pandemik itu di negeri ini.
SEGAMAT, 9 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan tatacara operasi piawai (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan Covid-19.
PUTRAJAYA, 7 DIS: Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
KUALA LUMPUR, 4 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu nota suara yang mendakwa katil wad hospital penuh manakala kes kematian di luar hospital atau 'brought in dead' (BID) meningkat adalah rakaman lama yang pernah ditularkan pada 2021.
PUTRAJAYA, 3 DIS: Sebanyak 3,626 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 Nov lepas, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
Oleh Intan Syuhada Akhir Dada selalu berasa sempit. Nafas tidak lagi panjang apabila melantunkan vokal tinggi. Malah sering termengah-mengah menghabiskan nyanyian. Penyanyi Siti Nordiana Alias pasrah dengan dirinya yang tidak lagi seperti dulu. Wanita berumur 38 tahun itu menelan hakikat...
PUTRAJAYA, 10 OGOS: Individu positif Covid-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu yang menyediakan panduan untuk mereka menjalankan kewajipan sebagai pengundi pada pilihan raya enam negeri Sabtu ini di samping mengurangkan risiko penularan jangkitan.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Di sebalik kegalauan penularan Covid-19, Selangor terkehadapan menjaga keselamatan dan memastikan rakyat bertahan mengharung cabaran ekonomi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.