TANAH MERAH, 26 FEB: Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang hilang sejak Isnin lepas ditemukan meninggal dunia di tebing sungai berhampiran rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini petang ini.
GEORGE TOWN, 16 FEB: Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus di sini pagi tadi.
KANGAR, 7 FEB: Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
SEREMBAN, 31 JAN: Seorang wanita dan kekasihnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan di sebuah rumah di Teluk Kemang, Port Dickson pada 21 Jan lepas.
SHAH ALAM, 11 JAN: Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Januari lalu.
SHAH ALAM, 9 JAN: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bandar Saujana Putra dekat sini pada Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 1 JAN: Tahun 2025 yang membuka tirai 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta).
GAZA, 30 DIS: Seorang lagi bayi meninggal dunia awal pagi Ahad akibat cuaca sejuk melampau di Gaza, menandakan kematian bayi yang kelima dalam tempoh kurang seminggu.
NEW YORK, 28 DIS: Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata bayi di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk dan kekurangan tempat perlindungan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
KUALA LUMPUR, 20 DIS: Seorang bekas jururawat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita dengan menawarkan bayi untuk dijadikan sebagai anak angkat.
KUALA LUMPUR, 17 DIS: Seorang wanita tempatan ditahan Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes mengasari dan mendera bayi lelaki berusia 11 bulan di sebuah taska di Puncak Alam, Selangor.
JASIN, 9 DIS: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
SIBU, 29 OKT: Polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berhubung kes penemuan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di dalam besen sampah di depan sebuah premis perniagaan di Jalan Tong Sang hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Seorang ibu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan dua anak lelakinya termasuk seorang bayi berusia 13 bulan dengan meninggalkan mereka tanpa pengawasan di rumah, dua minggu lepas.
KUALA TERENGGANU, 14 OKT: Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam parit kering berhampiran Pantai Paka, Dungun hari ini.
KUALA LUMPUR, 7 OKT: Seorang pengasuh didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menganiaya seorang bayi lelaki berusia 18 hari dengan mencampurkan ubat selesema ke dalam botol susu kanak-kanak itu, bulan lepas.
IPOH, 3 OKT: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang dipercayai membuang mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan di tepi sungai di Larut, Simpang, Taiping semalam.
KOTA BHARU, 17 SEPT: Seorang jururawat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia sebulan, minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Polis sedang giat mengesan seorang wanita warga asing yang didakwa telah melarikan anak perempuannya berusia setahun empat bulan daripada suaminya.
KOTA BHARU, 11 SEPT: Seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di sini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi berusia sebulan, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.