PUTRAJAYA, 28 NOV: Keselamatan sempadan negara berada pada tahap tertinggi walaupun beberapa negeri sedang dilanda banjir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KOTA BHARU, 25 NOV: Pasukan Senoi Praaq akan dikerah untuk membantu pengoperasian Pasukan Gerakan Am (PGA) sedia ada bagi menjaga sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok bermula 1 Disember ini.
KOTA BHARU, 25 NOV: Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
PASIR MAS, 24 NOV: Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan, kata Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Hamzah Ishak.
ALOR SETAR, 22 NOV: Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 12 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang cuba menyusup masuk ke negara ini di sempadan negara dekat Kubang Pasu semalam.
KUALA LUMPUR, 20 OKT: Peruntukan berjumlah RM560 juta yang disalurkan menerusi Belanjawan 2025 untuk memperkasakan sempadan negara disifatkan sebagai bertepatan dengan situasi semasa.
KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan merampas dua kenderaan rekreasi (motorhome) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand, kira-kira 6 petang tadi.
ALOR SETAR, 16 SEPT: Pelancong Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand terkandas di pintu sempadan disebabkan masalah pasport rosak, tunggakan cukai pendapatan, cukai kastam serta kes jenayah lama yang belum diselesaikan.
KOTA BHARU, 1 JULAI: Sebanyak 15 kertas siasatan terbaharu di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 telah dibuka ke atas beberapa stesen minyak dalam radius 50 kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.
ISTANBUL, 12 JUN: Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial terkandas di sempadan Rafah di Mesir, menurut kenyataan Direktorat Jeneral Kesatuan Eropah untuk Perlindungan Awam dan Bantuan Kemanusiaan pada Selasa.
KUALA LUMPUR, 18 MEI: Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram semalam.
KOTA BHARU, 12 MEI: Tentera Darat Malaysia (TDM) merampas pelbagai jenis barangan yang dibawa masuk secara haram menerusi sempadan Malaysia-Thailand bernilai lebih RM588,319 bagi tempoh Januari sehingga semalam.
KOTA BHARU, 17 APRIL: Polis menahan 1,072 individu yang menjalankan pelbagai kesalahan dadah dalam operasi bersepadu sempadan bagi tempoh 1 April hingga semalam di seluruh Kelantan.
ALOR SETAR, 16 APRIL: Kerjasama erat antara agensi keselamatan dalam melaksanakan kawalan dan operasi bersepadu dapat memastikan keselamatan di sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand terus terpelihara sekali gus menjamin keselamatan negara.
PASIR MAS, 10 APRIL: Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta dalam menangani 431 kesalahan jenayah yang dikesan di sempadan negara sejak Januari hingga Mac lepas.
LABUAN, 5 MAC: Kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan antara Sabah dan Kalimantan Utara, Indonesia giat dilaksanakan secara bersama oleh pasukan ukur kedua-dua negara.
SEPANG, 5 JULAI: Langkah kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan memuktamadkan sempadan kedua-dua negeri bakal melonjakkan pembangunan di kawasan berkenaan.
SEPANG, 4 JULAI: Proses pengukuran sempadan antara Selangor, Kuala Lumpur dan Perak sedang dijalankan bagi memuktamadkan jajaran pemisah.
MELAKA, 28 MEI: Kerajaan tidak bercadang untuk menutup pintu sempadan negara ketika ini walaupun terdapat kes jangkitan cacar monyet di beberapa negara lain selain Afrika.
KOTA BHARU, 5 MEI: Tiga pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini mula dibuka hari ini bagi tujuan komersial dan lawatan sosial.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.