KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Legenda bola sepak negara Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan berkongsi kenangan manis sepanjang mewakili negara pada Pestabola Merdeka yang merupakan pertandingan bola sepak terulung di rantau Asia suatu ketika dahulu.
KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu seorang murid, Muhammad Aqil Naufal Zahiran yang tular baru-baru ini selepas beliau berusaha keras menamatkan larian 100 meter (m) di satu Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas dengan menggunakan tongkat.
KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Seramai 40 pengadil tempatan bersama 14 ‘replay operator’ sedang menjalani latihan fasa kedua Video Bantuan Pengadil (VAR) bermula 26 Ogos hingga 11 Sept ini sebagai langkah persiapan awal pelaksanaan teknologi itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Juara bertahan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark.
KOTA BHARU, 25 OGOS: Selangor FC bangkit daripada ketinggalan untuk berpesta gol, selepas membelasah Kelantan FC 11-2, pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin terus mencipta sensasi dengan memecah rekod dunia miliknnya sendiri bagi kategori lelaki atas 72 kg dalam Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Dubai pada Khamis.
KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Perjuangan pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Dunia berakhir pada pusingan ketiga selepas disingkirkan oleh pemain tuan rumah, Anders Antonsen dalam edisi 2023 di Copenhagen, pada Khamis.
KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mempamerkan satu lagi prestasi baik pada Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark, manakala Ng Tze Yong terkandas.
Oleh AMIRUL FAZLI SHAH ALAM, 22 OGOS: Selangor FC membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi jurulatih di peringkat akar umbi untuk program bola sepak di negeri ini. Menurut kenyataan rasmi Facebook, mereka yang mepunyai pengalaman bersama program elit atau pernah melatih...
SHAH ALAM, 21 OGOS: Pasukan Hoki Lelaki dan Wanita Selangor mencari bakat baharu untuk mewakili negeri di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada tahun depan.
Oleh Fitri Hazim Hazam SUBANG JAYA, 21 OGOS: Kejayaan memenangi trofi Liga Super FAS 2023 buat kali pertama pencapaian terbesar dalam sejarah bola sepak MBSA. Jurulatihnya Ahmad Faisal Yunos berkata disiplin dan kerja keras yang ditunjukkan pemain resipi kejayaan pasukannya untuk merangkul...
Oleh Fitri Hazim Hazam SUBANG JAYA, 21 OGOS: Pasukan bola sepak MBSA FC muncul juara Liga Super FAS 2023 selepas menewaskan Boss FC dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Arena MBSJ di sini, malam tadi. Jaringan tunggal penyerang Mahadi Asharif yang melakukan rembatan deras dalam kotak...
SYDNEY, 20 OGOS: Satu nama baharu terukir pada trofi Piala Dunia Wanita FIFA apabila Sepanyol menjadi pasukan kelima merangkul gelaran itu selepas menewaskan England 1-0 di sini pada Ahad, lapor Xinhua.
SHAH ALAM, 19 OGOS: Meskipun tewas 1-2 kepada PDRM FC dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi, Selangor FC tetap mara ke suku akhir Piala Malaysia.
SHAH ALAM, 17 OGOS: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menaja sebanyak RM100,000 bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari (Bawah 15 Tahun) tahun ini. Ketua pegawai eksekutifnya berkata sumbangan itu sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyokong program...
SHAH ALAM, 14 OGOS: Selangor FC menundukkan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
SHAH ALAM, 9 OGOS: Sumbangan besar pentadbiran negeri untuk kemajuan Selangor FC membolehkan pasukan itu meraih pelbagai kejuaraan dan melahirkan pemain hebat.
SHAH ALAM, 8 OGOS: Selangor FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Kontinjen Malaysia merangkul gangsa keempat di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China, menerusi beregu badminton lelaki negara, Wong Tien Ci-Liew Xun, hari ini.
SHAH ALAM, 5 OGOS: Di sebalik undian dalam kumpulan sama pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Oman dijangka menjadi lawan terakhir skuad Harimau Malaya sebelum memulakan kempen Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.