ad
AGENDA

SUKMA: Selangor benam Wilayah Persekutuan 6-0, temu Pulau Pinang Ahad ini

14 Ogos 2024, 3:12 PM
SUKMA: Selangor benam Wilayah Persekutuan 6-0, temu Pulau Pinang Ahad ini
SUKMA: Selangor benam Wilayah Persekutuan 6-0, temu Pulau Pinang Ahad ini

SHAH ALAM, 14 OGOS: Selangor membenam Wilayah Persekutuan 6-0 pada aksi Kumpulan B saingan bola sepak wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak hari ini.

Perlawan yang berlangsung di Padang D, Petra Jaya menyaksikan Ayuna Anjani menjaringkan tiga gol, sementara Nurin Umairah, Nur Adrienna dan Nur Ainsyah masing-masing satu gol.

[caption id="attachment_657749" align="aligncenter" width="788"] Sebahagian aksi Selangor ketika menentang Wilayah Persekutuan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B saingan bola sepak wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak di Padang D, Petra Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto Facebook Majlis Sukan Negeri Selangor[/caption]

Pulau Pinang yang turut berada dalam kumpulan sama dijadual menentang Wilayah Persekutuan pada Jumaat dan Selangor, Ahad ini.

Sementara itu, hasrat Sabah untuk mencatat permulaan sempurna tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 menentang Pahang pada aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.