KUALA LUMPUR, 6 FEB: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) telah meluluskan kenaikan tangga gaji jurulatih negara yang berkhidmat dalam Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan (SPJK) berkuat kuasa 1 Jan lepas.
KUALA LUMPUR, 5 FEB: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi melakukan ‘kerja gila’ apabila mengambil risiko menyertai Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) walaupun disahkan mengalami Perikarditis atau radang jantung dua minggu sebelum kejohanan.
KUALA LUMPUR, 4 FEB: Pemenang dua pingat Sukan Olimpik Datuk Pandelela Rinong, terlepas peluang untuk layak ke acara 10 meter (m) platform Sukan Olimpik Paris 2024, selepas persembahan hambar pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, hari ini.
KUALA LUMPUR, 4 FEB: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terlepas peluang untuk menambah kilauan pingat pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia hari ini apabila terpaksa menarik diri acara pecut akibat simptom perikarditis.
DOHA, 3 FEB: Juara bertahan Qatar berdepan detik sukar sebelum mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala Asia 2023, menerusi penentuan penalti 3-2 ketika bertemu Uzbekistan pada aksi suku akhir di Stadium Al Bayt di Al Khor malam tadi (awal pagi waktu Malaysia).
AL RAYYAN (QATAR), 3 FEB: Jaringan ketua pasukan Alireza Jahanbakhsh menerusi penalti pada lewat masa permainan, memastikan Iran layak ke separuh akhir Piala Asia 2023 dengan menewaskan Jepun 2-1 pada aksi suku akhir di Stadium Education City di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila berjaya menempah tempat di final Masters Thailand di Bangkok, hari ini.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih ‘berbisa’ untuk menjadi pencabar di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila cemerlang memperoleh gelaran keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia hari ini.
PETALING JAYA, 3 FEB: Tumpuan Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) tahun ini terarah kepada persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Penonton dinasihat menggunakan pengangkutan awam untuk menyaksikan Selangor menentang Singapura dalam Piala Sultan Selangor (TSSC) di Stadium Merdeka pada 17 Ogos nanti.
AL WAKRAH (QATAR), 3 FEB: Bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min menghadiahkan gol kemenangan pada masa tambahan bagi memastikan Korea Selatan melangkah ke separuh akhir Piala Asia 2023 selepas mengecewakan Australia 2-1 pada aksi suku akhir di sini, malam tadi (awal pagi waktu Malaysia).
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Pemilihan Stadium Merdeka sebagai venue rasmi Piala Sultan Selangor (TSSC) yang dijadual berlangsung pada 17 Ogos depan bertujuan untuk mengembalikan nostalgia kegemilangan bola sepak tanah air.
Daripada Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif DOHA, 2 FEB: Jordan menamatkan mimpi indah Tajikistan pada kempen Piala Asia 2023 selepas The Chivalrous meraih kemenangan 1-0 pada perlawanan peringkat suku akhir untuk mencipta sejarah baharu di Stadium Ahmad bin Ali di Al Rayyan, hari...
KUALA LUMPUR, 2 FEB: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan bekas penolong jurulatih beregu lelaki di India Muhammad Miftakh, dilantik sebagai penolong jurulatih beregu wanita negara.
KUALA LUMPUR, 2 FEB: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi sandaran peminat sukan badminton tanah air, apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Masters Thailand di Bangkok, hari ini.
KUALA LUMPUR, 2 FEB: Pemain tengah negara, Brendan Gan mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Selangor FC selepas empat musim bersama skuad ‘Gergasi Merah’.
SHAH ALAM, 1 FEB: Selangor FC yang mengekalkan sebahagian besar pemain sedia ada merancang untuk membawa masuk beberapa pemain import baharu.
SHAH ALAM, 1 FEB: Selangor FC terus mendapat suntikan semangat bagi menghadapi saingan musim ini dengan meneruskan kerjasama strategik bersama syarikat penyaman udara terkemuka Jepun, Daikin.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Kejayaan muncul naib juara edisi sulung Piala Dunia Hoki 5s selepas tunduk kepada Belanda 2-5 awal pagi tadi adalah pencapaian tertinggi bagi sukan hoki Malaysia.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Malaysia terpaksa berpuas hati dengan status naib juara pada edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) 2024 selepas tewas 2-5 di tangan Belanda pada aksi final, awal pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.