SHAH ALAM, 25 JUN: Pasukan Selangor FC dipotong tiga mata dalam aksi Liga Super selain perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung tanpa penonton di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
24 JUN: Selangor menyasarkan 61 pingat emas sementara kontinjen Negeri Sembilan optimis meraih lebih 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos depan.
SHAH ALAM, 24 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang RM200,000 bagi memperkasa skuad memanah dan ragbi dalam menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, bulan depan.
KUALA LUMPUR, 23 JUN: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.
SHAH ALAM, 23 JUN: Pelumba Malaysia Pro Cycling, Akmal Hakim Zakaria muncul juara kategori lumba (race) menerusi kejohanan Selangor International Race (SIR) 2024 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
KUALA LUMPUR, 23 JUN: Meskipun tiada atlet taekwando negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, Malaysia akan diwakili pada temasya sukan itu.
TANJUNG MALIM, 23 JUN: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menaruh harapan kepada atlet negara dalam beberapa jenis sukan, bagi meraih pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos.
KUALA LUMPUR, 23 JUN: Dua pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy terlepas peluang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 secara merit selepas gagal menghasilkan keputusan diinginkan pada Kejohanan Terbuka Kazakhstan semalam.
SHAH ALAM, 23 JUN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan melepaskan peserta berbasikal kejohanan Selangor International Race (SIR) 2024 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pagi ini.
KUALA LUMPUR, 22 JUN: Harapan dua pelari negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk beraksi di temasya Olimpik Paris masih terbuka apabila kedua-dua atlet berkenaan layak ke perlumbaan akhir acara masing-masing di Terbuka Kazakhstan yang dijadual berlangsung malam ini.
PETALING JAYA, 22 JUN: Selepas tujuh tahun, Wan Zarif Ikram kembali mengukir senyuman buat pasukan negara apabila menuai pingat emas menerusi acara Masters lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway di sini hari ini.
SHAH ALAM, 22 JUN: Selangor menyasarkan kutipan 61 pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos ini.
SHAH ALAM, 22 JUN: Sebanyak 49 jalan ditutup secara berperingkat sempena kejuaraan Selangor International Race (SIR) 2024 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Ahad ini.
KUALA LUMPUR, 20 JUN: Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki tempat ke-135 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
SHAH ALAM, 20 JUN: Sebanyak 49 jalan ditutup secara berperingkat sempena kejuaraan Selangor International Race (SIR) 2024 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Ahad ini.
KUALA LUMPUR, 18 JUN: Ervin Chang dan Galven Kendall Green antara pemain golf Malaysia yang mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Golf Selangor Masters 2024 yang akan bermula esok hingga 22 Jun ini di Kelab Golf Seri Selangor (KGSS), Petaling Jaya.
KUALA LUMPUR, 16 JUN: Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China, hari ini.
KUALA LUMPUR, 16 JUN: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat kali pertama di situ sejak insiden disimbah asid awal bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 16 JUN: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun Kodai Naraoka di pentas final hari ini.
PETALING JAYA, 16 JUN: Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor yang berlangsung minggu ini dan PKNS Selangor Masters minggu depan merancakkan lagi pelancongan sukan negeri.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.