KUALA LUMPUR, 14 NOV: Malaysia menewaskan Thailand 2-1 dalam perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Kumpulan G di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.
SHAH ALAM, 14 NOV: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menggesa skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi lebih bertenaga bagi mengutip tiga mata penuh dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand, malam ini.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Malaysia akan berjuang bermati-matian menentang Thailand dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini, dengan harapan melakar kemenangan buat pasukan negara.
SHAH ALAM, 13 NOV: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk menukar status PKNS FC dan PKNP FC sebagai ‘Reserve Team’.
PUTRAJAYA, 12 NOV: Kemelut yang melanda Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) membabitkan penangguhan mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan, perlu diselesaikan sebelum tahun 2020, tegas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Atlet paralimpik kebangsaan, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi merangkul pingat gangsa dalam acara 100m lelaki T36 (palsi serebrum) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, semalam.
KUALA LUMPUR, 10 NOV: Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 selepas mengalahkan Thailand 1-0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 NOV: Juara melontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli gagal mempertahankan pingat emasnya dalam kategori lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Sabtu (Ahad di Malaysia).
KLANG, 10 NOV: Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyertai Kayuhan Menjunjung Kasih 2019 sejauh 40 kilometer bermula di Galeri Jualan Sime Darby, Bandar Bukit Raja, di sini.
KUALA LUMPUR, 10 NOV: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyifatkan kejayaan menewaskan Tajikistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, malam tadi sebagai satu kemenangan bermotivasi.
SHAH ALAM, 8 NOV: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membenarkan penggunaan nombor jersi pemain bermula nombor 1 sehingga 99 untuk pasukan Liga Super dan Liga Premier bagi musim 2020.
SHAH ALAM, 6 NOV: Pasukan bola sepak Selangor FA dan PKNS FC akan digabungkan di bawah pentadbiran satu bumbung yang dikendalikan syarikat Red Giant FC Sdn Bhd.
PETALING JAYA, 6 NOV: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan jenama peralatan rumah, Cuckoo sebagai rakan penaja terbaharu dalam usaha meningkatkan kualiti arena bola sepak dan futsal negara pada 2020.
PETALING JAYA, 5 NOV: Kelebihan beraksi di pelbagai posisi menjadi faktor pemain kacukan Australia-Malaysia, Quentin Cheng dipilih menyertai sesi latihan skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan ke Sukan SEA Filipina 2019 yang bermula malam tadi.
SHAH ALAM, 4 NOV: Kerja membaik pulih Stadium Shah Alam dijalankan secara berperingkat dengan mendahulukan perkara asas seperti sistem elektrik dan pengairan.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Impian skuad hoki negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas 20 tahun terkubur apabila tewas 5-2 kepada Great Britain pada aksi play-off kedua kelayakan terakhir di Lee Valley Hockey & Tennis Centre, London, lewat malam tadi.
SEPANG, 3 NOV: Pelumba Yamaha, Maverick Vinales memperagakan tunggangan sempurna untuk menjuarai kelas MotoGP pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, hari sini.
KUALA LUMPUR, 3 NOV: Peluang skuad hoki lelaki negara untuk mara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 semakin tipis apabila ketinggalan 1-4 kepada Great Britain pada perlawanan pertama play off kelayakan Sukan Olimpik di London, awal pagi ini.
KUALA LUMPUR, 2 NOV: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan status selaku pasukan gergasi bola sepak tanah air apabila menjulang Piala Malaysia 2019 selepas menewaskan Kedah 3-0 pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
SEPANG, 2 NOV: Penunggang Piala Bakat Asia (ATC) Idemitsu, Afridza Munandar dari Indonesia, meninggal dunia dalam perlumbaan sokongan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.