ad
AGENDA

Aksi akhir Liga Super Wanita: The Footsouls, NSW FC berentap rebut gelaran juara

26 Jan 2022, 8:00 AM
Aksi akhir Liga Super Wanita: The Footsouls, NSW FC berentap rebut gelaran juara
Aksi akhir Liga Super Wanita: The Footsouls, NSW FC berentap rebut gelaran juara
Aksi akhir Liga Super Wanita: The Footsouls, NSW FC berentap rebut gelaran juara

SHAH ALAM, 26 JAN: Dua kapten yang membawa pasukan masing-masing ke perlawanan akhir Liga Super Wanita anjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berharap menjadi juara edisi sulung kejohanan.

Perlawanan akhir itu dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada jam 8.30 malam ini.

[caption id="attachment_506292" align="aligncenter" width="529"] Kapten NSW FC Malini Nordin[/caption]

Kapten Negeri Sembilan Women’s (NSW FC) Malini Nordin berkata pasukannya akan memberi aksi terbaik hingga ke hujung permainan untuk bergelar juara.

"Pemain, penyokong, warga Negeri Sembilan dan kami semua akan bersatu di atas nama iaitu NSW FC.

"Harapan kami di pentas final nanti adalah ingin mempersembahkan aksi yang menarik hingga ke wisel penamat serta menjadi juara sulung edisi pertama ini," katanya seperti dikongsi di Facebook FAS.

Sementara itu, Kapten The Footsouls Gan Lay Pin berkata mereka sudah bekerja keras sejak dari awal dan pastinya mahu pulangan yang berbaloi pada malam ini.

[caption id="attachment_506295" align="aligncenter" width="538"] Kapten The Footsouls Gan Pay Lin. Foto FB Persatuan Bola Sepak Selangor[/caption]

"Kami sudah berusaha keras untuk sampai ke tahap ini dan akan akan bekerja lebih keras untuk memastikannya berbaloi. Harap pasukan yang terbaik akan menang," katanya.

Aksi akhir kedua-dua pasukan akan berlangsung di MBSJ pada jam 8.30 malam juga boleh disaksikan menerusi Facebook Media Selangor.

Liga Super Wanita FAS membuka tirai pada 29 November lalu dengan disertai 10 pasukan.

Kejohanan terbahagi kepada dua kumpulan dengan empat pasukan teratas layak ke pusingan kalah mati.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.