MANILA, 7 DIS: Sukan SEA ke-30 semalam menyaksikan Malaysia menambah lima lagi pingat emas pada hari keenam Sukan SEA ke-30 di Filipina.
SEPANG, 6 DIS: Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah pihak terhadap kegagalan pasukannya pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.
SEPANG, 6 DIS: “Kita mahu pastikan dia (Farah Ann) ‘sempurna’ sehingga Sukan Olimpik 2020,” kata Jurulatih Gimnastik Artistik Kebangsaan Nataliya Sinkova, secara berseloroh tapi dalam nada serius.
MANILA, 5 DIS: Ketua jurulatih pasukan Bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee, menerima keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tidak menyambung kontraknya, dengan hati terbuka.
KUALA LUMPUR, 5 DIS: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kontrak ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee yang berakhir hujung tahun ini tidak akan disambung.
MANILA, 5 DIS: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee enggan menyalahkan percaturan taktikalnya menggunakan formasi 3-4-3 sebagai punca kegagalan anak buahnya tersingkir awal di peringkat kumpulan pada temasya Sukan SEA ke-30 di sini.
NEW CLARK CITY, (Filipina), 5 DIS: Perenang elit negara, Welson Sim Wee Sheng gagal dalam usahanya meraih pingat emas tiga tahun berturut-turut dalam acara kegemarannya 400 meter gaya bebas selepas menamatkan tempat kedua di Sukan SEA 2019 Filipina, semalam.
MANILA, 3 DIS: Beberapa acara sukan pada temasya Sukan SEA ke-30 yang sedang berlangsung di dua kluster iaitu Subic dan Clark terpaksa ditunda ke tarikh baharu susulan Taufan Kimmuri mula membadai negara itu.
MANILA, 2 DIS: Temasya Sukan SEA ke-30 akan diteruskan seperti biasa dan tidak akan dilanjutkan walaupun Filipina berdepan dengan ancaman Taufan Tisoy yang diramal melanda negara itu awal pagi esok, demikian menurut Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA 2019 Filipina (PHISGOC).
MANILA, 2 DIS: Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi dan Tan Ing Yueh memberikan permulaan yang cemerlang untuk pasukan gimnastik artistik wanita negara di Sukan SEA ke-30 dengan memberikan pingat emas dan gangsa dalam acara ‘all-round’, hari ini.
SHAH ALAM, 2 DIS: Gol menakjubkan jaringan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng mengungguli carta undian bagi Anugerah Gol Terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.
SHAH ALAM, 2 DIS: Spekulasi hangat berhubung destinasi perancang tengah Harimau Malaya, Brendan Gan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan terjawab apabila beliau sah menyertai pasukan Red Giants.
MANILA, 2 DIS: Kontinjen Malaysia mempamerkan aksi cemerlang pada hari pertama Sukan SEA ke-30 di Filipina semalam selepas meraih empat emas, dua perak dan dua gangsa.
NEW CLARK CITY (Filipina), 1 DIS: Atlet acara sukan tarian Sam Lee Jek menghadiahkan pingat emas kedua untuk kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-30 selepas memenangi acara break dance di Ballroom Royce Hotel & Casino, dekat sini, hari ini.
MANILA, 30 NOV: Temasya Sukan SEA ke-30 dibuka secara rasmi dengan penuh tradisi dalam satu majlis pembukaan penuh gilang-gemilang di stadium terbesar dunia, Philippines Arena, di Bulacan, dekat sini, malam ini.
NEW CLARK CITY (Filipina), 30 NOV: Hasrat beratus-ratus rakyat Filipina menyaksikan nyalaan obor sempena upacara pembukaan rasmi Sukan SEA ke-30 di Kompleks Sukan New Clark City, di sini, malam ini tidak kesampaian, apabila mereka dihalang daripada memasuki pekarangan kompleks berkenaan.
NEW CLARK CITY (Filipina), 30 NOV: Sukan SEA Ke-30 di Filipina akan dibuka secara rasmi esok tetapi pasukan polo air lelaki negara bakal menjadi pasukan pertama yang pulang awal ke tanah air.
MANILA, 30 NOV: Jurulatih pasukan bola sepak negara bawah 22 tahun, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan kekalahan 0-1 kepada tuan rumah, Filipina pada Sukan SEA ke-30 di Stadium Memorial Rizal malam tadi sebagai "keputusan yang memalukan." Pasukan negara yang masih belum memenangi walau satu...
PELABUHAN KLANG, 29 NOV: Atlet kebangsaan yang bertanding di Sukan SEA ke-30 diminta tidak terganggu dengan masalah yang timbul di temasya berkenaan dan memberikan fokus sepenuhnya untuk mencapai sasaran pingat yang ditetapkan.
SEPANG, 28 NOV: Berbaki dua hari sebelum Sukan SEA ke-30 membuka tirai secara rasmi, masih terlalu awal untuk Malaysia menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membuat sebarang aduan mengenai penganjuran kali ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.