SHAH ALAM, 22 DIS: Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim atau ‘Mickey’ sah menyertai skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
YANGON, 21 DIS: Malaysia bermula langkah kanan selepas menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 sekali gus menamatkan badi kekalahan sejak 2016 di Stadium Thuwunnna di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya yang akan memulakan kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bertemu Myanmar hari ini.
SHAH ALAM, 19 DIS: Argentina menamatkan penantian 36 tahun untuk menjulang Piala Dunia buat kali ketiga apabila menewaskan juara bertahan, Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi penuh dramatik di Stadium Lusail berkesudahan 3-3, sebentar tadi.
SHAH ALAM, 18 DIS: Argentina menghampiri kejuaraan Piala Dunia buat kali ketiga apabila sedang mendahului juara bertahan, Perancis 2-0 pada babak pertama perlawanan akhir di Stadium Lusail, hari ini.
MELAKA, 17 DIS: Satu kerangka pelan tindakan perlu diwujudkan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi kelab bola sepak di Malaysia terutama melibatkan tunggakan gaji pemain.
KUALA LUMPUR, 16 DIS: Jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon telah menamakan skuad akhir 23 pemain untuk membawa cabaran Malaysia di saingan Piala AFF 2022 bermula 20 Dis hingga 16 Jan depan.
PETALING JAYA, 16 DIS: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperkasakan penganjuran Liga Wanita Nasional (LWN) bagi menjadikannya lebih kompetitif bermula pada tahun hadapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob.
SHAH ALAM, 15 DIS: Perancis berjaya ke perlawanan akhir Piala Dunia 2022 selepas membenam cabaran Maghribi 2-0 di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar malam tadi.
KUALA LUMPUR, 14 DIS: Malaysia meneruskan rentak kemenangan aksi pemanas badan menjelang saingan Piala AFF 2022, apabila membenam Maldives 3-0 pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.
ISTANBUL, 14 DIS: Argentina mara ke pentas akhir Piala Dunia FIFA 2022 selepas membenam Croatia 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Lusail di Al Daayen, Qatar pada Selasa.
SHAH ALAM, 12 DIS: MPKj FC muncul johan Liga Juara Selangor 2022 (SCL 2022) selepas meraih kemenangan besar 3-0 ke atas Bandar Putera 2.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Pemain pertahanan Terengganu FC (TFC) yang sedang meningkat naik, Muhammad Azam Azmi Murad sama sekali tidak menyangka namanya turut disenaraikan bagi merebut gelaran ‘Pemain Muda Terbaik’ pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) musim ini.
PETALING JAYA, 11 DIS: Seramai 120 peserta dari enam negara menyertai Kejohanan Antarabangsa Bot Kawalan Jauh Petaling Jaya 2022 yang diadakan selama tiga hari sejak 9 Disember lalu.
KUALA LUMPUR, 11 DIS: Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee antara tiga individu dicalonkan bagi merebut gelaran Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) musim ini.
SHAH ALAM, 11 DIS: Maghribi mengalahkan Portugal 1-0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Thumama, Doha, Qatar malam tadi.
KUALA LUMPUR, 10 DIS: Ketua Jurulatih Kebangsaan Kim Pan Gon tidak menyangka skuad Harimau Malaya berjaya menjaringkan empat gol sehingga memperoleh kemenangan apabila membenam Kemboja 4-0 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam tadi.
SHAH ALAM, 10 DIS: Juara lima kali, Brazil gagal melangkah ke separuh akhir apabila tewas kepada Croatia 4-2 dalam penentuan sepakan penalti pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Education City, Doha, Qatar malam tadi.
KUALA LUMPUR, 10 DIS: Malaysia mudah menumpaskan Kemboja 4-0 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam tadi, meskipun skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon beraksi tanpa ramai pemain utama.
DOHA, 9 DIS: Harga jersi pasukan Jerman dan Belgium menjunam di Doha berikutan prestasi buruk pasukan itu pada Piala Dunia Qatar 2022, lapor Xinhua.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.