AGENDA

Pasukan wanita India juarai BATC 2024, tundukkan Thailand 3-2

18 Feb 2024, 8:52 AM
Pasukan wanita India juarai BATC 2024, tundukkan Thailand 3-2

SHAH ALAM, 18 FEB: Pasukan wanita India menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas menundukkan Thailand 3-2 pada aksi final sengit di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Pemain perseorangan Pusarla V Sindhu memulakan kempen perlawanan dengan cemerlang apabila hanya memerlukan 39 minit menumpaskan Supanida Katethong 21-12 dan 21-12.

Bagaimanapun pasangan Tressa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela yang menewaskan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai pada set pertama dengan 21-16 terpaksa berhempas pulas dalam perlawanan yang diseret ke set penentuan selepas tewas di set kedua 18-21 dan memenanginya dengan keputusan 21-16.

Kehadiran pemain perseorangan Thailand Busanan Ongbamrungphan ternyata mengancam kedudukan kukuh pasukan India apabila pemain ranking ke-18 dunia itu menewaskan Ashmita Chaliha 21-11 dan 21-14 sebelum beregu wanita India, Priya Konjengbam-Shruti Mishra turut ditumpaskan pasangan adik-beradik Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 11-21 dan 9-21.

Manakala pemain remaja Anmol Kharb (ke-472 dunia) sekali lagi muncul hero buat India untuk menunjukkan aksi menakjubkan sekali gus menewaskan Pornpicha Choeikeewong 21-14 dan 21-9.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.