SHAH ALAM, 21 DIS: Sebanyak 348 kawasan membabitkan 328,957 pemegang akaun terjejas ekoran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihentikan sementara kerana disyaki berlaku pencemaran bau.
SHAH ALAM, 20 DIS: Sambutan Ambang Tahun Baharu 2020 peringkat Selangor yang akan diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, bakal menjadi acara paling meriah dan terbuka.
SHAH ALAM, 18 DIS: Sebanyak 4,800 unit Rumah Idaman telah diluluskan untuk pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum 2022, kata Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari.
SHAH ALAM, 18 DIS: Selangor mencatatkan kutipan premium sebanyak RM1.066 bilion setakat November 2019.
SHAH ALAM, 16 DIS: Karya berjudul 'Evolusi Peribahasa, Dari Unsur Alam ke Teknologi' membawa tuah buat seorang pekebun kelapa sawit apabila dipilih sebagai pemenang utama Hadiah Sastera Selangor 2019 bagi kategori esei sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.
SHAH ALAM, 16 DIS: Misi Selangor menjadi negeri pintar menjelang 2025 di rantau ASEAN turut diukur menerusi penghasilan karya sastera yang hebat dari negeri itu.
SHAH ALAM, 16 DIS: Kerajaan Negeri dalam rancangan mewujudkan Kelas Induk (Master Class) bagi melahirkan lebih ramai pengkarya sastera baharu dari Selangor, kata Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari.
SHAH ALAM, 9 DIS: Empat daerah di Selangor dijangkakan mengalami cuaca hujan dan ribut petir berterusan sehingga Ahad ini.
SHAH ALAM, 16 DIS: Cerita disebalik pujian dan cacian yang mungkin tidak diketahui oleh rakyat antara kisah dikongsi dalam buku “Perjalanan Tahun Pertama Saya, dari penyampai berita TV ke Tengku Permaisuri Selangor pengalaman anekdotal” (My First Year Journey, from TV News Anchor to Tengku Permaisuri Selangor An Anecdotal Experience).
SHAH ALAM, 16 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan buku perjalanan hidup DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini.
SHAH ALAM, 16 DIS: Kuala Selangor Batu Dua FC muncul juara Liga Juara Selangor 2019 (SCL2019) selepas meraih kemenangan besar 4-0 ke atas Kingstown Klang FC.
SHAH ALAM, 16 DIS: Kerajaan Negeri akan menyediakan peluang latihan kepada penjawat awam yang tidak berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) bagi menentukan jumlah Bantuan Khas Kewangan (BKK).
KUALA LUMPUR, 16 DIS: Arahan penutupan empat balai polis komuniti di Kajang dibuat selepas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menjalankan kajian daripada pelbagai aspek, kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisiner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff.
BATU CAVES, 15 DIS: Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan 27 lot tanah melibatkan penduduk Kampung Indian Settlement di sini, kata Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari.
BATU CAVES, 15 DIS: Kira-kira 100 pelajar India dari Kampung Indian Settlement berasa gembira apabila menerima beg sekolah percuma daripada Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari.
BATU CAVES, 15 DIS: Prihatin dengan kebajikan pelajar yang bakal menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menjelang 2020, Kerajaan Negeri akan menyediakan makanan tengah hari secara percuma buat mereka, kata Dato' Seri Amirudin Shari.
KLANG, 14 DIS: Pengambilalihan tapak kondominium Highland Towers, Hulu Kelang, belum boleh diselesaikan hingga hujung tahun ini, kata Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari.
KLANG, 11 DIS: Pemimpin politik di Selangor digesa terus mengambil berat tentang kebajikan dan menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam urusan pentadbiran negeri.
KLANG, 11 DIS: Kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mengutamakan ciri-ciri tadbir urus yang baik serta menghayati budaya integriti terbukti berhasil apabila muncul sebagai Juara Anti Rasuah yang diiktiraf Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
KLANG, 11 DIS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berikrar untuk tidak mengingkari tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sejajar dengan hasrat Perlembagaan Persekutuan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.